LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan perlawanan bolasepak Piala Malaysia 4 September 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Perlawanan bolasepak Piala Malaysia peringkat kumpulan hampir ke penghujungnya. Tinggal 2 perlawanan sahaja lagi bagi menentukan siapa yang bakal ke peringkat suku akhir. Belum ada mana-mana pasukan yang telah layak ke peringkat seterusnya namun perlawanan pada hari ini bakal menentukan beberapa pasukan yang akan tersingkir dan layak.
Perlawanan secara langsung bolasepak Piala Malaysia 4 September 2012 antara pasukan Kelantan menentang Kedah akan disiarkan secara langsung di RTM1 manakala perlawanan antara PKNS vs Lions XII Pahang menentang Selangor (pembetulan.. minta maaf) akan disiarkan oleh saluran ASTRO Arena 801. Perlawanan akan disiarkan pada jam 8.45 malam.

Berikut merupakan keputusan perlawanan bolasepak Piala Malaysia 4.9.2012

Keputusan Piala Malaysia 4 September 2012 Kumpulan A
Johor FC vs Johor 1-3 (0-2) FT
[8.45 malam]

PKNS vs Lions XII 1-0 (0-0) FT
[8.45 malam]

Keputusan Piala Malaysia 4 September 2012 Kumpulan B
Terengganu vs ATM 0-2(0-0) FT
[8.45 malam]

Kedah vs Kelantan 0-0 (0-0) FT
[8.45 malam]

Keputusan Piala Malaysia 4 September 2012 Kumpulan C
Felda Utd vs Perak 2-2 (1-1) FT
[8.45 malam]

Sime Darby vs N.Sembilan 1-1 (1-0) FT
[8.45 malam]

Keputusan Piala Malaysia 4 September 2012 Kumpulan D
Sarawak vs T-Team 6-1 (1-0) FT
[8.15 malam]

Pahang vs Selangor 1-4 (0-2) FT
[8.45 malam]
Selangor minit 14 (Amri Yahya)
Selangor minit 33 (Bosko Balaban)
Selangor minit 51 (Amri Yahya)
Selangor minit 55 (Rozaimi)
Pahang minit 74 (Hafiz)

Keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Keputusan pada malam ini masih memberi peluang terbuka dalam Kumpulan A. Bagi Kumpulan B, nampaknya peluang pasukan Terengganu telah tertutup dan ATM telah layak ke suku akhir manakala pasukan Kedah masih mempunyai peluang tipis untuk memintas Kelantan sekiranya berlaku kejutan pada perlawanan akhir. Bagi kumpulan C, pasukan Negeri Sembilan telah layak ke suku akhir manakala baki satu lagi slot akan cuba direbut oleh ketiga pasukan cuma pasukan Perak agak tipis peluangnya. Bagi kumpulan D, pasukan T-Team telah tersingkir dan akan direbut oleh ketiga pasukan walaupun kelebihan berpihak kepada pasukan Pahang.

Jumpa juga carta Piala Malaysia 4 September 2012

Image Hosting

Apapun, kita saksikan perlawanan akhir peringkat kumpulan yang akan bersambung minggu hadapan (betulkan kalau silap) bagi memberi laluan perlawanan persahabatan antarabangsa pada minggu ini.

Sekian.

Please follow and like us:
error0

7 thoughts on “Keputusan perlawanan bolasepak Piala Malaysia 4 September 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)