LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan Bolasepak Piala Malaysia 29 Ogos 2014

Hanya tinggal 2 perlawanan sebelum peringkat kumpulan berakhir bagi kejohanan Piala Malaysia 2014. Hari ini berlangsung 4 perlawanan bolasepak membabitkan perlawanan Kumpulan A dan Kumpulan C.
Perlawanan pada malam ini penting kerana ada pasukan yang akan layak ke suku akhir dan mungkin ada yang akan tersingkir dalam saingan Piala Malaysia 2014 ini. Berikut merupakan perlawanan yang berlangsung pada hari ini.

Kumpulan A
Johor DT II vs Felda United
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang jam 8.45 malam antara Johor DT II menentang Felda United. Perlawanan yang penting bagi pasukan Johor DT II kerana kekalahan akan menutup terus peluang pasukan mereka dan akan mengesahkan Felda mengiringi Pahang ke suku akhir.
Walaupun seperti peluang cerah bagi Felda namun pasukan Johor DT II pasti tidak ingin berputus asa di gelanggang sendiri. Pasti pemain akan bermain berhabis-habisan untuk membuka peluang tipis kepada pasukan JDT II.

Ramalan : Johor DT II 0 Felda United 2

Pahang vs Lions XII
Perlawanan antara pasukan Pahang menentang Lions XII di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada jam 8.45 malam. Pasukan Pahang mempunyai kelebihan untuk menumbangkan Lions XII namun skuad kendalian Fandi Ahmad tidak mahu diaibkan dan cuba mengharapkan keajaiban untuk ke suku akhir.

Ramalan : Pahang 2 Lions XII 1

Kumpulan C

ATM vs JDT
Perlawanan antara ATM menentang JDT di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada jam 8.45 malam.Pasukan ATM akan bermain bermati-matian untuk mendapatkan 3 mata sekaligus membuka peluang ke suku akhir Piala Malaysia 2014. JDT pula pasti ingin mengesahkan peluang ke suku akhir pada perlawanan malam ini dengan keputusan sekurang-kurangnya seri akan membawa pasukan bintang ini ke suku akhir Piala Malaysia 2014.

P.Pinang vs Kelantan
Perlawanan antara Pulau Pinang menentang Kelantan berlangsung di Stadium Bandaraya Pulau Pinang pada jam 8.45 malam ini. Pulau Pinang yang telah tersingkit pasti ingin mendapatkan mata di tempat sendiri walaupun sudah tiada makna. Kelantan pula mesti menang bagi memberikan peluang untuk ke peringkat seterusnya.

Keputusan Perlawanan Bolasepak Piala Malaysia 29.8.2014

Johor DT II vs Felda United0-3 ( 0-2)
5′ Edward Junior Wilson (FELDA)
15′ Ahmad Syamin Yahya (FELDA)
49′ Mohd Raimi Mohd Noor (FELDA)
** Kemenangan ini mengesahkan pasukan Felda layak bersama Pahang ke suku akhir Piala Malaysia 2014

Pahang vs Lions XII 1-2 (1-0)
13′ Dickson Nwaekame (PAH)
51′ Muhammad Sufian Anuar (LNS)
84′ Madhu (LNS)
** Pasukan Pahang tumbang di tempat sendiri menentang Lions XII..Walaubagaimanapun mereka telah layak ke suku akhir bersama Felda Utd

ATM vs JDT 0-1
18′ Luciano Figueroa (JDT)
**JDT menang sekaligus sah layak ke suku akhir..

P.Pinang vs Kelantan 1-3 (0-1)
34′ Wan Zaharulnizam (KEL)
47′ Luiz Ricardo (PP)
60′ Mohd Izuan Rosli (KEL)
82′ Forkey Doe (KEL)
** Pasukan Kelantan menumbangkan Pulau Pinang sekaligus melayakkan diri ke suku akhir

Please follow and like us:
error0

4 thoughts on “Keputusan Perlawanan Bolasepak Piala Malaysia 29 Ogos 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)