post

Keputusan Perlawanan bolasepak Piala Malaysia 27 Ogos 2013

Malam ini berlangsung perlawanan ketiga bagi kempen Piala Malaysia 2013. Keputusan perlawanan tempohari ada yang mengejutkan namun perlawanan mesti diteruskan. Keputusan perlawanan hari ini pasti memberikan petanda-petanda awal pasukan yang akan melangkah ke peringkat seterusnya. 16 pasukan yang bertanding pasti tidak ingin mencicirkan mata lagi. Kesemuanya akan memberikan yang terbaik bagi mengejar impian mengejar Piala Malaysia 2013.

Perlawanan kumpulan A antara Sime Darby menentang Selangor di Stadium MP Selayang pada jam 8.45 malam akan menuntut komitmen 100 peratus dari pemain kedua-dua pasukan. Pasukan tuan rumah, Sime Darby yang mensia-siakan kelebihan pada perlawanan tempohari pasti ingin menumbangkan Selangor. Manakala Selangor yang tumbang ditangan pasukan ATM tempohari pasti ingin segera bangkit bagi meneruskan misi mengapai Piala Malaysia bagi kali ke 33.

liga super 27 8 2013
screenshot program windows

Perlawanan Johor menentang ATM berlangsung di Stadium MP Pasir Gudang jam 8.45 malam pasti menjanjikan saingan sengit. Kedua-dua pasukan yang melakar kemenangan pada perlawanan tempohari pasti ingin mendapatkan mata penuh pada hari ini. 3 Mata berharga pasti memberikan kelebihan sebelum bersaing pada perlawanan seterusnya.

Perlawanan T-Team menentang Johor Darul Takzim di Stadium Sultan Ismail, Kuala Terengganu jam 8.45 malam pasti dinantikan oleh penyokong kedua-dua pasukan. T-Team pasti ingin mendapatkan mata penuh di tempat sendiri namun pastinya Johor DT akan menyekat pasukan pantai timur itu.
Perlawanan antara PKNS menentang Felda United yang berlangsung di Stadium Shah Alam pada 8.45 malam menampakkan kelebihan pada skuad PKNS yang mencatat 2 kemenangan namun Felda pasti ingin mendapatkan kemenangan berharga di tempat lawan.

Perlawanan N.Sembilan menentang Kelantan di Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi pasti ingin menjadi detik kebangkitan skuad Rusa. Selepas dimalukan oleh Pahang pastinya N.Sembilan ingin mencalar kehebatan Kelantan. Namun sudah pasti Kelantan mempunyai kekuatan tersendiri untuk menyekat N.Sembilan dari mendapat mata.
Perlawanan antara Pahang menentang Terengganu berlangsung di Stadium Darul Makmur pada jam 8.45 malam dimana skuad berjiran ini pasti ingin menunjukkan kehebatan masing-masing. Pahang yang memiliki 4 mata pasti ingin menambah derita Terengganu . Tapi skuad Terengganu pasti ingin mendapat mata di tempat lawan.

| Dapatkan Jersi Skuad Bolasepak Liga Malaysia Original! |

Perlawanan antara Kedah menentang Sarawak jam 8.45 malam di Stadium DarulAman seperti pertarungan semula. Pasukan yang bersaing hebat di Liga Perdana 2013 pasti ingin menunjukkan prestasi terbaik mereka. Kedah pasti ingin melupakan kegagalan kembali ke Liga Super manakala Sarawak ingin meneruskan tekanan terhadap skuad Kenari.
Perlawanan antara Perak menentang Lions XII jam 8.45 malam berlangsung di Stadium Perak, Ipoh dimana ia akan menjanjikan saingan menarik. Perak yang pernah mengejutkan Lions XII ketika di saingan Liga Super pasti ingin mencipta kemenangan namun Lions XII yang bermula buruk di saingan awal kempen Piala Malaysia 2013 ini pasti ingin mencari rentak terbaik.

Siaran langsung perlawanan bolasepak Piala Malaysia 27.8.2013

TV1 ; 8.45 malam : Johor vs ATM
ASTRO Arena 801 ; 8.45 malam : kedah vs Sarawak
ASTRO Arena 801 ; 11.30 malam(tertunda) : Perak vs Lions XII

Keputusan perlawanan bolasepak Piala Malaysia 27.8.2013

keputusan Penuh

Sime Darby vs Selangor3-0 (2-0)
Sime Darby minit 22 : Karlo Primorac
Sime Darby minit 29 : Karlo Primorac
Sime Darby minit 72 : Fazrul

Johor vs ATM 3-3 (1-0)
Johor minit 43 : Ezaidy
Johor minit 48 : Farid Idderis
ATM minit 54 : Shukor Adan
ATM minit 74 : Marlon Alex James
ATM minit 80 : Marlon Alex James
Johor minit 82 : Khairul Nizam

T-Team vs Johor Darul Takzim2-3 (0-2)
Johor Darul Takzim minit 23 : Hadin
Johor Darul Takzim minit 29 : Safee Sali
T-Team minit 48 : Syamim
Johor Darul Takzim minit 60 : Norshahrul
T-Team minit 77 : Fazuan

PKNS vs Felda Utd2-0 (1-0)
PKNS minit 35 : Patrick Ronaldinho
PKNS minit 51 : Patrick Ronaldinho

N.Sembilan vs Kelantan 1-1 (0-1)
Kelantan minit 40 : Dickson Nwakame
N.Sembilan minit 59 : Fabio Leandro

Pahang vs Terengganu (1-1)
Terengganu minit 22 : Ashaari Samsudin
Pahang minit : Matias Conti

Kedah vs Sarawak (0-0)

Perak vs Lions XII (1-0)
Perak minit 9 : Azlan Ismail

Sekian

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.