LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan bolasepak Piala Malaysia 19.8.2014

Perlawanan bolasepak terulung, Piala Malaysia memasuki perlawanan kedua untuk edisi tahun 2014. Perlawanan ini pasti ingin dimanfaatkan oleh kesemua pasukan bertanding bagi memberi kelebihan mata bagi pasukan masing-masing. Keciciran mata memungkinkan kesukaran untuk mereka bersaing untuk ke peringkat seterusnya.
Pada hari ini terdapat 4 perlawanan membabitkan pasukan dari Kumpulan A dan Kumpulan C. Antaranya ialah :-

Kumpulan A
Lions XII vs Pahang
Pasukan Lions XII yang beraksi di padang sendiri di Stadium Jalan Besar, Singapura pada jam 7.45 malam ini pasti ingin mendapatkan mata penuh. Beraksi di gelanggang sendiri pasti mempunyai kelebihan namun pasukan Pahang bukan mudah untuk dijinakkan. Walaupun Lions XII pernah menumpaskan juara bertahan Piala Malaysia 2014 pada saingan Liga Super dengan keputusan 4-1 pada 15 April lalu namun saingan kini berbeza.
Pahang yang dibarisi pemain berpengalaman mensasarkan untuk membawa sekurang-kurangnya 1 mata di stadium keramat Lions XII namun ia bukan satu tugas mudah.

Ramalan : Lions XII 1 Pahang 1

Felda United vs Johor DT II
Perlawanan di Stadium MP Selayang pada jam 8.45 malam mungkin memberi kelebihan pada tuan rumah, Felda United. Pasukan yang sama-sama beraksi di Liga Perdana 2014 ini pasti mempunyai misi untuk menjadi pasukan yang mampu melangkah ke akhir dalam Piala Malaysia 2014. Pasukan yang dibarisi oleh beberapa pemain berpengalaman ini akan cuba meneruskan rentak kemenangan namun Johor DT II tidak mungkin akan memberi kemenangan pada pasukan lawan.
Sudah pasti mereka tidak ingin dilabel pasukan belasahan pada saingan Piala Malaysia tahun ini.

Ramalan : Felda United 2 Johor DT II

Kumpulan C

Johor DT vs ATM
johor dt atm
image hosting sites

Pasukan Johor DT akan melayan kunjungan ATM di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada jam 8.45 malam. JDT yang memiliki 3 mata penuh mempunyai kelebihan bermain di gelanggang sendiri apatah lagi pasukan dibarisi pemain berpengalaman. Namun barisan ATM juga memiliki kekuatan sendiri dengan kehadiran barisan pemain veteran yang masih kuat untuk beraksi menentang barisan bintang JDT.

Ramalan : Johor DT 2 ATM 0

Kelantan vs P. Pinang
Perlawanan yang berlangsung di gelanggang Kelantan, Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu pada jam 8.45 malam ini pasti menjanjikan saingan menarik. Pasukan Kelantan yang mempunyai reputasi hebat perlu bersaing dengan pasukan mutiara yang semakin meningkat. Kelantan pasti ingin meraih 3 mata penuh setelah tumabg pada perlawanan pertama menentang JDT tempohari. Walau beraksi di Liga Premier namun Pulau Pinang menunjukkan kemampuan bersaing dalam liga tersebut sambil mampu mengikat ATM pada perlawanan pertama.

Ramalan : Kelantan 2 P.Pinang 1

Keputusan Perlawanan bolasepak Piala Malaysia 19.8.2014

Lions XII vs Pahang 1-2 (0-1)
12′ Nwakaeme (PAH)
87′ Fauzi Roslan (PAH)
90′ + 4′ Faris Ramli (LIONS)
** Pahang berjaya membawa mata penuh di gelanggang lawan.. Agak kecewa pasukan Lions XII yang agak lewat mendapatkan gol

Felda Utd vs Johor DT II3-2 (2-0)
5′ Syamim (FELDA)
31′ Edward Junior(FELDA)
47′ Zaquan (JDT II)
57′ Syafiq (JDT II)
69′ Shahrulnizam (FELDA)
** Felda berjaya mendapatkan 3 mata penuh menumbangkan JDT II

Johor DT vs ATM 0-0 (0-0)
** Pasukan Johor DT hanya mampu seri dengan ATM di gelanggang sendiri

Kelantan vs P.Pinang 3-1 (2-0)
9′ Fakri (KEL)
22’Forkey Doe (KEL)
59′ Rafiuddin (PP)
87′ Fakri (KEL)
** Pasukan Kelantan berjaya menumbangkan pasukan Kelantan. 2 gol terbaik dari Fakri Saarani

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)