post

Keputusan Perlawanan bolasepak Piala AFF 2014 – Malaysia vs Singapura

Hari ini merupakan perlawanan hidup mati bagi skuad bolasepak Malaysia dalam kejohanan Piala AFF 2014. Hanya kemenangan yang membuka peluang skuad negara untuk melangkah ke separuh akhir. Itu pun sekiranya tiada kejutan dilakukan oleh Myanmar ke atas pasukan Thailand yang telah layak ke separuh akhir.
Perlawanan Kumpulan B akan berlangsung serentak bagi 2 perlawanan dimana perlawanan antara Malaysia menentang Singapura di Stadium Nasional, Singapura manakala perlawanan antara Thailand menentang Myanmar pula berlangsung di Stadium Jalan Besar.

Pertembungan terakhir peringkat kumpulan A ini amat penting bagi kedua-dua pasukan. Pasukan Singapura selaku tuan rumah juga wajib menang kerana kekalahan akan menutup peluang mereka ke peringkat seterusnya manakala skuad Malaysia pula tiada pilihan lain.
Jurulatih, Dollah Salleh optimis yang pasukan bimbingannya mampu melakar kejutan namun ia bukan satu tugas yang mudah. Sokongan penyokong dari Singapura pasti akan merencatkan peluang pasukan kebangsaaan. Namun mampukah skuad Harimau Malaya yang di kritik teruk bangkit selepas keputusan yang tidak meyakinkan dalam perlawanan sebelum ini.

Keputusan Perlawanan Bolasepak Piala AFF 2014 – Malaysia vs Singapura

Malaysia vs Singapura 3-1(0-0)
Kesebelasan Malaysia (vs Singapore): Khairul Fahmi, Mahalli, Shukor, Muslim, Zubir, Safiq, Gary, Amri, Alex, Mat Yo, Safe

Kesebelasan Singapore (vs Malaysia): Hassan, Ismadi, Safuwan, Shakir, Shaiful; Hariss, Shahril, Fazrul, Shahfiq, Faris; Amri

60′ Safee Sali (MAS)
83′ Khairul Amri(SIN)
90′ + 2′ Safiq (MAS)
90′ + 4′ Indra (MAS)

** Pasukan Malaysia berjaya ke perlawanan separuh akhir Piala AFF 2014 setelah menumbangkan pasukan Singapura…

Please follow and like us:
error0

4 thoughts on “Keputusan Perlawanan bolasepak Piala AFF 2014 – Malaysia vs Singapura

  1. Dollah Salleh menaruh harapan pada Amri Yahya untuk meledakkan gol dalam saat-saat genting begini… Good Luck skuad Harimau Malaya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.