Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Pasti ramai yang tak tahu tentang perlawanan tertutup antara pasukan Harimau Malaya menentang Cambodia pada malam ini (termasuk si Zool). Walaupun perlawanan ini mungkin tidak diberi perhatian namun ia penting bagi menilai pasukan kebangsaan terutama tanpa beberapa tonggak utama dari pasukan Kelantan dan Selangor yang direhatkan. Perlawanan diadakan di Padang Wisma FAM, Kelana Jaya.
Memandangkan ia perlawanan tertutup dan tidak menjejaskan ranking, tiada siaran langsung dimana-mana rangkaian.
Kesebelasan Utama pemain Harimau Malaya
–izham tarmizi——
Mahali—-Fadhli shas—-Amiridzwan—-zubir azmi
Fakri—-Baddrol———-Gary——Kunanlan
Khyril ———–safee saliKeputusan perlawanan bolasepak persahabatan tertutup Malaysia vs Kemboja
Malaysia vs Kemboja 3-0 (0-0)
Safee Sali minit 51
Zaquan Adha minit 62
Zaquan Adha minit 73
Sumber : FB Info Skuad Olimpik Malaysia
Twitter ESPNStarMy
Tahniah. Walaupun perlawanan tertutup dan bukan perlawanan berkelas namun mungkin sedikit sebanyak menaikkan keyakinan terutama kepada Safee Sali dan Zaquan Adha yang dikritik dalam perlawanan sebelum ini. Diharap mereka mampu menterjemahkan gol pada perlawanan sebenar pada bulan Oktober ini sekaligus meningkatkan momentum pada kejohanan AFF 2012 nanti.
Sekian.
p/s :- Info ini diambil dari pihak tidak rasmi. Sekiranya ada pembetulan, akan dibetulkan kembali.
tahniah Malaysia, nampaknya ada sinaran sikit ni
sinaran byk gak tu..hehe
tahniah.. mesti tujukkan thp kebolehan masing2,jgn jdi mcm Terenggganu ramai pemain kena drop
tahniah untuk pasukan m’sia. dah ada momentum semula
tahniah malaysia, teruskan perjuangan~
patut la aku tak tahu apa2
tahniah kerana kita dapat menang
tertutup memang tak ramai yg tau
wah Zaquan dapat 2 bijik? mungkin dah serasi semula dengan Safee.. aku rasa lebih seronok tengok Safee ganding dengan zaquan, mat yo sebagai back up..