LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan perlawanan bolasepak persahabatan tertutup Malaysia vs Kemboja 20 September 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Pasti ramai yang tak tahu tentang perlawanan tertutup antara pasukan Harimau Malaya menentang Cambodia pada malam ini (termasuk si Zool). Walaupun perlawanan ini mungkin tidak diberi perhatian namun ia penting bagi menilai pasukan kebangsaan terutama tanpa beberapa tonggak utama dari pasukan Kelantan dan Selangor yang direhatkan. Perlawanan diadakan di Padang Wisma FAM, Kelana Jaya.
Memandangkan ia perlawanan tertutup dan tidak menjejaskan ranking, tiada siaran langsung dimana-mana rangkaian.

Kesebelasan Utama pemain Harimau Malaya
–izham tarmizi——
Mahali—-Fadhli shas—-Amiridzwan—-zubir azmi
Fakri—-Baddrol———-Gary——Kunanlan
Khyril ———–safee sali

Keputusan perlawanan bolasepak persahabatan tertutup Malaysia vs Kemboja

Malaysia vs Kemboja 3-0 (0-0)
Safee Sali minit 51
Zaquan Adha minit 62
Zaquan Adha minit 73

Sumber : FB Info Skuad Olimpik Malaysia
Twitter ESPNStarMy

Tahniah. Walaupun perlawanan tertutup dan bukan perlawanan berkelas namun mungkin sedikit sebanyak menaikkan keyakinan terutama kepada Safee Sali dan Zaquan Adha yang dikritik dalam perlawanan sebelum ini. Diharap mereka mampu menterjemahkan gol pada perlawanan sebenar pada bulan Oktober ini sekaligus meningkatkan momentum pada kejohanan AFF 2012 nanti.

Sekian.

p/s :- Info ini diambil dari pihak tidak rasmi. Sekiranya ada pembetulan, akan dibetulkan kembali.

Please follow and like us:
error0

8 thoughts on “Keputusan perlawanan bolasepak persahabatan tertutup Malaysia vs Kemboja 20 September 2012

  1. wah Zaquan dapat 2 bijik? mungkin dah serasi semula dengan Safee.. aku rasa lebih seronok tengok Safee ganding dengan zaquan, mat yo sebagai back up..

Leave a Reply to Shack Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)