LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan perlawanan bolasepak persahabatan Malaysia vs Vietnam 11 September 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Perlawanan persahabatan kelas A bagi pasukan Harimau Malaya apabila dijadualkan akan bertemu Vietnam pada malam ini di Stadium Shah Alam. Perlawanan malam ini akan menguji kewibawaan pasukan bimbingan Datuk K. Rajagopal ini. Walaupun mengalami beberapa masalah kecederaan pemain namun pengganti yang dimasukkan perlu membuktikan kemampuan mereka.
live malaysia vs vietnam 2012
temp img uploader

Perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada jam 8.45 malam. Perlawanan Malaysia vs Vietnam ini akan disiarkan secara langsung di ASTRO Arena 801 seawal jam 8.00 malam.

Berikut merupakan keputusan perlawanan bolasepak Malaysia vs Vietnam 11.9.2012

Malaysia vs Vietnam 0-2(0-1)
[ 8.45 malam ]

Separuh Masa Pertama
Vietnam minit 32 (Lee Cong Vinh)

Perlawanan pada separuh masa pertama dikuasai oleh Vietnam dan nampaknya pasukan Harimau Malaya agak kucar kacir terutama di bahagian tengah. Gandingan Safiq Rahim dan Gary Stevan Robbart tidak menjadi. Kesilapan pertahanan Malaysia pada minit 32 memberikan peluang kepada pemain Vietnam menjaringkan melalui tandukan jarak dekat. Malahan selang beberapa minit mereka hampir memiliki satu peluang untuk menjaringkan gol. Pasukan Malaysia hanya mempunyai peluang yang tidak dapat disambar oleh Azmi Muslim dan juga sepakan percuma dalam kotak penalti yang tidak berjaya disempurnakan oleh Aidil Zafuan.

Separuh Masa Kedua
Vietnam minit 47 (Phan Tan Hung)
Perlawanan separuh masa kedua masih tidak banyak berubah cuma kemasukan Safee Sali , S Kunalan dan Baddrol Bakhtiar mengubah corak serangan. Namun barisan pemain Malaysia buntu untuk menjaringkan gol.

Apa ramalan anda? Saya meramalkan pasukan Malaysia mampu menang dengan 2-1. Harap begitulah keputusannya.

Keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Keputusan memang agak mengecewakan. Secara peribadi pemain Malaysia agak kurang menjadi terutama dari segi bahagian tengah. Safiq Rahim juga sering melakukan kesilapan dari segi hantaran. Nampaknya Datuk K Rajagopal perlu memikirkan kesebelasan utama yang lebih baik untuk perlawanan seterusnya.

Sekian.

Please follow and like us:
error0

13 thoughts on “Keputusan perlawanan bolasepak persahabatan Malaysia vs Vietnam 11 September 2012

  1. Game tak start dah siap dah pos awal-awal ni…. 😀
    Semoga Malaysia menang.., safee kasi score kubu lawan ya…. 😉

  2. Pingback: Keputusan perlawanan bolasepak persahabatan Malaysia vs Vietnam 11 September 2012 | Blog Zool Ligakampung.

Leave a Reply to Malaysian Coin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)