BLOG ZOOL - BLOG DARI KAMPUNG UNTUK SEMUA

Home » bolasepak » Keputusan perlawanan bolasepak persahabatan Malaysia vs Singapura 8 Jun 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Malam ini akan berlangsungnya perlawanan persahabatan antara pasukan bolasepak Malaysia menentang pasukan jiran, Singapura. Perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Jalan Besar pada malam ini dan akan disiarkan secara langsung di ASTRO Arena jam 8.00 malam.
Pastinya perlawanan ini akan menjadi perlawanan yang perlu dimenangi oleh skuad Harimau Malaya selepas hanya mencatat keputusan seri di gelanggang sendiri ketika perlawanan persahabatan menentang Filipina tempoh hari. Perlawanan ini juga perlu menang bagi mengelakkan ranking FIFA bagi skuad kendalian K Rajagopal semakin jauh.

Image Hosting
Sememangnya cabaran berat menanti pasukan Harimau Malaya tapi mereka perlu menang bagi membalas dendam kekalahan memalukan ketika kelayakan Piala Dunia pada pertemuan terakhir sebelum ini. Apapun kita tunggu dan saksikan perlawanan tersebut serta memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada skuad Harimau Malaya.

Keputusan perlawanan persahabatan – Malaysia vs Singapura 8.6.2012

Malaysia vs Singapura 2-2 (1-0)

Separuh Masa pertama

Azamudin Akil minit 42

Perlawanan pada separuh masa pertama agak kurang berkesan. Jentera tengah, K Gurusamy dan Safiq Rahim tidak dapat menyalurkan peluang kepada penyerang. Pasukan Singapura lebih banyak menguasai bahagian tengah dan mencipta beberapa peluang. Nasib baik penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat beraksi cemerlang menyelamatkan sekurang-kurangnya 3 percubaan tepat dari pemain Singapura.
Pada hujung saingan, jurulatih K Rajagopal melakukan pertukaran dengan menggantikan pemain sayap N.Sembilan, Shahruain dengan penyerang Pahang, Azamuddin Akil dan taktik tersebut berkesan. Pada awal kemasukan, beliau berjaya melakukan cubaan tepat ke dalam gol namun diselamatkan oleh penjaga gol Singapura. Di minit ke 42 usaha pasukan Harimau Malaya terbalas apabila pemain gantian, Azamudin Akil berjaya menjaringkan gol dari jarak dekat.

Separuh Masa Kedua 2-2

Safiq Rahim minit 60
Khairul Fahmi berjaya menyelamatkan penalti pada minit 82.
Singapura Shahdan Sulaiman minit 84
Singapura Qiu Li minit 92

Perlawanan pada separuh masa terdapat peningkatan oleh pemain Malaysia sehingga mendapat beberapa peluang. Ketua pasukan, Safiq Rahim berjaya menyempurnakan sepakan percuma tu. Secara tiba-tiba pasukan Singapura mendapat penalti hasil tindakan Khairul Fahmi yang menjatuhkan pemain pasukan lawan. Namun sepakan penalti itu berjaya diselamatkan oleh penjaga gol pertama negara dengan cemerlang. Tapi nampaknya terdapat kesalahan lain yang menyebabkan berlakunya sepakan percuma di dalam kotak penalti. Ia terus membuahkan hasil dengan jaringan dari pemain Singapura. Dengan konsentrasi yang terganggu kesempatan itu digunakan oleh pasukan Singapura bila pemain gantian Qu Li menjaringkan gol pada minit-minit terakhir

Temuramah selepas perlawanan dengan jurulatih K Rajagopal

Agak menyedihkan bila pasukan bimbingan K Rajagopal masih tidak mampu mendapat kemenangan. Cuma dalam perlawanan ini terdapat jaringan oleh pasukan kebangsaan. Secara peribadi saya berpendapat bahawa barisan pemain tengah perlu diperkuatkan memandangkan jentera tengah agak kurang. Sukar untuk pemain penyerang mendapatkan bola sekaligus menghadiahkan jaringan untuk pasukan kebangsaan.

Sekian

Related Posts with ThumbnailsPengunjung Entri Ini :1880

10 thoughts on “Keputusan perlawanan bolasepak persahabatan Malaysia vs Singapura 8 Jun 2012

  1. titanNo Gravatar says:

    dah start ni. dah start..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    seri lagi… kecewa …

    Reply

    titanNo Gravatar Reply:

    itulah. memang kecewa habis.

    Reply

  2. Jebeng Otai™No Gravatar says:

    adoiyai..sbb konflik FAM ker jdik mcmni??

    Reply

    Jebeng Otai™No Gravatar Reply:

    rupanya pengadil yg bermasalah..

    Reply

  3. segalabendaNo Gravatar says:

    kita hampir menang..tapi pemain tak boleh kekalkan mental mereka selepas pengadil berat sebelah yang sentiasa memihak kepada singapura…harap-harap pengadil yang sama tidak digunakan lagi selepas ini..pengadil hong kong yang busuk!

    Reply

  4. GopalmustGoNo Gravatar says:

    Memang saya setuju dengan tuanpunya blog. Sedih betul tnguk cara Malaysia bermain. Masih di tahap yang sama dari segi fizikal. Sedih tenguk dah leading 2-0 pun boleh masuk 2 gol dalam 5 minit!

    Pertama kali, nampaknya hanya Azamudin sorang yang main. Azamudin sorang yang ada kepantasan akseleration. Yang lain terhegeh, hegeh dengan skill ditahap lama lambat lepas bola. Cuba tenguk gol pertama Azmudin yang pass dia yang score balek pun dia! Lepas tu tnguk Azamudin defend di tengah.. Dan last minit dia jadi defender yang bagi freekick pada minit terakhir.

    Apa ni? Kenapa Azmudin pula jadi defender? Dia juga yang score dia juga defend. Sekali tu dia take on 2 defender Singapura dengan kepantasannya. Itu speed yang kita mahu. Bukan terhegeh-hegeh. Coach buat? Takkan dia sorang boleh speed, bahlol betul.

    Lepas tu macam biasa last 10 minit takde angin bagi masuk dua tiga gol. Nazmi kata, kat Portugal langsung takde mcm Gopal lembab!!

    Safee adalah trick dua tiga tapi takde tendangan langsung. Tak praktis ke?

    Fahmi Ibrahim toksah lah jadi goli Malaysia lagi. Memang masuk 2-3 gol last minit. Boleh ke tangkap penalti tak ada angin tak ada ribut boleh injured.

    Lepas tu tak mahu lepaskan bola atau tendang keluar. Bahlol betul budak2 kita ni. Kalau kita pegang bola dan injured, paling baik pun drop ball kat depan gol…bahlol!

    Kita menjerit2 lah pass bola! Pass bola! Dia tetap pegang bola..bahlol-bahlol. Undang2 asas pun tak tahu. Zakuan lebih baik tak payah komen. Rembat je bola keluar buat apa pass balek goli yang sakit.

    Ko dah save penalti buat apa ko pegang bola…mat bendul betul.. memang last2 minit Fahmi buat taiklah. Kalau nak main pun separuh masa je. Last 10 minit dia dah teringat gf agaknya.

    Lawang Syria macam tu..3 gol dalam 5 minit. Itupun Gopal tak nampak. Dia tak fit lah tu. Coach bahlol punya hal lah.

    Gopal memang tahap ni jela. Makang gaji buta sampai 2015. Safee sekarang pun dah slow apa lagi 2015. Ngam2 kontrak coachpun habis.

    Reply

  5. GopalbalekkampungNo Gravatar says:

    Entahlah Gopal. Patut sekarang dah belajar. Sepatutnya akhir 15 minute Malaysia makin pantas, makin laju bukan mula defending. Teruk betul coach ni. Safiq toksah lah nak argue dengan ref. Dulu dah kena buang padang. Awak lemah kat midfield sebab tu dia boleh lob bola.

    Sekarang semua pasukan lawan tunggu 15 minit terakhir, masukan pemain fresh tenguk pemain Malaysia tercungap-cungap. Mentang-mentang nama ko Raja ko ingat ko pun sultan juga ye..hehehe.

    Reply

  6. [...] ramai yang telah mengetahui tentang perlawanan bolasepak persahabatan Malaysia vs Singapura dimana pasukan kendalian K Rajagopal hanya mampu seri di Stadium Jalan Besar pada hari Sabtu yang [...]

  7. GopalMustGoNo Gravatar says:

    Malam ni Malaysia kalah lagi selepas leading 1-0.

    2 gol dalam 10 minit terakhir. Gopal ni memang tak tahu macam mana nak defend.

    Dengan Singapura 2 gol 5 minit terakhir. Dengan Syria Malaysia kalah 3 gol minit terakhir. Itu coach Olimpik pun bodoh.

    Dulu 15 tahun dulu Mokhtar dahari kalahkan Arsenal.

    Defender kita main macam pondan. Left back selalu bagi forward lawan pass ke dalam berpuluh-puluh kali.

    Yang nombor 26 tu tak payah lah main untuk Malaysia. Basic mistake macam tu mana team pun tak boleh menang sampai bila-bila.

    Tendang lah bola keluar nak otek-otek lagi.

    Lepas tu pemain Arsenal boleh lari terus score minit ke 90, defender2 mcam pondan tekal tak kena.

    Coach tak tahu nak ajar ke? Berpuluh-puluh kali defender mcam taik.
    Midfielder Robert tu tok usah main lagi untuk Malaysia. Dia pass bola tiga kaki kepada kawan. semua perlawanan dia main macam tu, pass pada kawan sebelah.

    Hey midfield kalau setakat pass bola tiga kaki baik tak payah mainlah!

    Nasib baik Safee ok sikit. Tapi mahu belajar tendang sipi. Tak guna tendang direct kat golee. Takkan boleh tembus sekuat mana pun.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge