Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Hari ini berlangsung perlawanan persahabatan antara skuad Malaysia menentang pasukan Chonburi FC dari Thailand. Perlawanan ini tiada mata dipertaruhkan untuk ranking dan lebih kepada persiapan untuk pertarungan menentang kelab Chelsea.
Perlawanan dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 9.45 malam. Kalau diikutkan, jurulatih tidak mementingkan keputusan dan hanya ingin melihat prestasi semasa pemain sahaja. Jadi mampukah skuad Harimau Malaya bimbingan K Rajagopal mencatat kemenangan?
Sepengetahuan saya, tiada siaran langsung di kaca tv. Apapun keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
malaysia02
screenshot green

Keputusan perlawanan bolasepak persahabatan – Malaysia vs Chonburi FC

Keputusan Semasa
Malaysia vs Chonburi FC 0-0 (0-0)
Kesebelasan Utama : Farizal Marlias, Azizi Mat Rose (Nazrin Nawi), Asraruddin (Zubir Azmi), Aidil, Nik Shahrul, Shakir, Fakri Saarani (Nizad Ayub)(Ashari) , Gurusamy, Kunanlan (Amiridzwan), Amri (Norshahrul) , Norfarhan (Christie Jayaseelan)(Safee),

stadium bkt jalil
application screenshot

Keadaan di Stadium Bukit Jalil tanpa penonton. Adakah sebab ramai yang bertarawih atau ada cerita di sebaliknya?

** Keputusan penuh Malaysia 0 Chonburi FC 0. Perlawanan selepas ini adalah antara Malaysia menentang Chelsea pada hari Sabtu ini.. Adakah perlawanan hari ini mampu membuahkan hasil yang positif pada perlawanan menentang Chelsea nanti? Tunggu dan lihat

p/s : Untuk makluman , skuad Harimau Muda yang bersaing di Universiade tumbang kepada Kanada dengan keputusan 1-3. Gol Malaysia dijaringkan oleh D Saarvindran. Ia menyaksikan skuad Malaysia yang dibarisi oleh pemain Harimau Muda menduduki tempat ke 8 kejohanan.