post

Keputusan perlawanan bolasepak persahabatan Malaysia vs Barcelona

Hari ini akan berlangsung perlawanan bolasepak antara pasukan Malaysia menentang pasukan kelab ternama, Barcelona. Pasti ramai yang sedang menantikan perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam pada jam 8.45 malam ini.
Skuad kendalian jurulatih negara, K Rajagobal menghadapi tugas berat pada malam ini. Walaupun diketahui, kebarangkalian untuk menang adalah tipis namun itu bukan alasan untuk pemain skuad negara berasa rendah diri. Mereka sepatutnya bermain sehabis mungkin untuk melakukan kejutan ketika menentang pemain handalan bertaraf dunia. Kekalahan teruk pasti akan menyebabkan penyokong skuad kebangsaan kecewa dan menambahkan kritikan teruk terhadap jurulatih dan pemain.
malaysia vs barcelona
picture sharing

Jadi mampukah skuad bolasepak negara yang diketuai oleh Safiq Rahim mengalas tugas yang berat ini? Kita saksikan sahaja perlawanan malam ini. Agak bernasib baik apabila perlawanan ini disiarkan secara langsung di kaca tv. Apa ramalan anda tentang keputusan perlawanan malam ini? Secara realistik ramalan saya ialah : Malaysia 1 Barcelona 4.

Siaran langsung perlawanan bolasepak persahabatan Malaysia vs Barcelona

Perlawanan persahabatan Malaysia menentang Barcelona disiarkan secara langsung di TV3, 840pm di Astro Arena (801), Astro Maya (135 HD), 8pm Astro Supersport (816, 834 HD) pada jam 8.45 malam.

Keputusan perlawanan bolasepak persahabatan Malaysia vs Barcelona

Malaysia vs Barcelona 1-3 (1-2)
Barcelona : 33′ Fabregas
Malaysia : 40′ Amri Yahya
Barcelona : 43′ Neymar
Barcelona : 74′ Gerard Pique

** Ulasan Separuh Masa Pertama : Secara keseluruhannya permainan skuad Harimau Malaya pada separuh masa pertama agak baik dan berdisplin. Walaupun perlawanan dikuasai oleh Barcelona tetapi skuad Malaysia dapat bertahan baik. Agak kecewa apabila penjaga gol, Khairul Fahmi melepaskan gol pertama dengan mudah manakala gol kedua pula disebabkan kelonggaran di barisan pertahanan mengawal Neymar. Diharap pada separuh masa kedua pemain Malaysia dapat bermain dengan lebih ketat dan tidak perlu pertukaran drastik dilakukan bagi mengelakkan kucar kacir dikalangan pasukan.

** Ulasan Separuh Kedua : Perlawanan masih dikuasai pasukan Barcelona cuma agak kecewa apabila pertukaran secara besar-besaran dilakukan oleh jurulatih pada 30 minit terakhir. Ini kerana skuad Barcelona juga menukar hampir keseluruhan pemain pada separuh masa kedua dan peluang untuk melakukan kejutan tu ada. Apapun satu percubaan yang baik untuk skuad Malaysia.

Sekian

Please follow and like us:
error0

One thought on “Keputusan perlawanan bolasepak persahabatan Malaysia vs Barcelona

  1. Ok lah jugak permainan skuad negara. Kalah memang dah dijangka. Harap-harap mereka belajar sesuatu dari permainan dan pengalaman malam ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.