Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Perlawanan bolasepak persahabatan antara skuad muda Malaysia bawah 22 menentang pasukan Qatar bawah 22. Perlawanan ini berlangsung di stadium Shah Alam pada jam 4.30 petang. Perlawanan persahabatan ini adalah perlawanan persediaan sebelum skuad muda negara bertarung bagi kelayakan untuk Piala Asia 2013 bawah 22 tahun pada 23 Jun ini.
Keputusan yang baik pasti diperlukan untuk menilai kemampuan skuad Ong Kim Swee bagi menempuh perlawanan pertama menentang pasukan Korea Selatan. Tiada siaran langsung di kaca tv cuma terdapat siaran tertunda pada jam 8.30 malam di ASTRO Arena 801 nanti.
Berikut merupakan keputusan perlawanan bolasepak persahabatan Malaysia U22 vs Qatar U22
Malaysia U22 vs Qatar U22 2-0 (1-0)
Malaysia – Irfan Fazail minit 27
Malaysia – Md Rozaimi Abdul Rahman minit 68
free picture hostingIrfan Fazail diraikan oleh rakan sepasukan
upload picturesRozaimi diraikan selepas menjaringkan gol
Sumber Gambar :- FB DUnia Sukan Online
Tahniah kepada pasukan muda Malaysia yang berjaya menumbangkan Qatar. Pastinya ia menjadi tonik untuk perlawanan kelayakan Piala Asia. Cuma sedih bila perancang utama, Nazmi Faiz dikenakan kad merah. Adakah ia akan dikira dalam kelayakan Piala Asia tu nanti ye?
Sekian




tahniah malaysia..
Reply