Keputusan perlawanan bolasepak persahabatan Malaysia menentang Arab Saudi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Perlawanan bolasepak persahabatan antara skuad Harimau Malaya menentang Arab Saudi pasti ditunggu-tunggu bagi melihat prestasi skuad kebangsaan. Keputusan positif amat penting bagi memastikan moral pasukan meningkat apabila pertemuan dengan Yemen bagi perlawanan kedua untuk kelayakan Piala Asia 2015. Ini juga sedikit sebanyak memberikan gambaran bagi skuad yang akan diturunkan pada perlawanan menentang Yemen itu. Perlawanan menentang Arab Saudi ini juga boleh memberikan pengalaman memandangkan Yemen juga mempunyai fizikal yang hampir sama. Sedikit sebanyak percaturan boleh dilakukan oleh jurulatih bagi mengenalpasti strategi untuk perlawanan akan datang.

Selain itu pastinya kelibat Badri Radzi amat dinantikan memandangkan ini merupakan aksi pertama beliau dalam skuad kebangsaan. Apapun, perlawanan hari ini bakal menguji kemampuan jurulatih K Rajagopal merencanakan skuad bolasepak Malaysia.
piya
Walaupun sekadar persahabatan pastinya penyokong tidak mahu episod kekalahan berterusan kepada skuad bolasepak negara. Perlawanan diadakan di Stadium Shah Alam jam 8.45 malam dan siaran secara langsung diadakan oleh ASTRO Arena 801.

Berikut merupakan keputusan perlawanan persahabatan bolasepak Malaysia vs Arab Saudi 17 Mac 2013

Keputusan perlawanan persahabatan Malaysia menentang Arab Saudi

Kesebelasan Utama – Khairul.F, Mahalli.J,Faizal.M,Fadhli.S, Asrarudin, Shakir. S, Badhri.R, Azamuddin, Amri.Y K. Muhymeen, Nurshahrul
Malaysia vs Arab Saudi 1-4 (0-2)
Arab Saudi minit
Arab Saudi minit 30
Malaysia minit 72 (Safiq Rahim)
Arab Saudi minit 89
Arab Saudi minit 90
** Kekalahan dengan jaringan yang agak besar. Walaupun ada sedikit saingan dilakukan pada babak kedua namun kelemahan ketara terutama di bahagian benteng pertahanan menyebabkan pasukan Malaysia tumbang kepada gergasi dari Timur Tengah ni. Perlu dibuat perubahan drastik sebelum bertemu Yemen nanti.

Sekian

Please follow and like us:
error0

5 thoughts on “Keputusan perlawanan bolasepak persahabatan Malaysia menentang Arab Saudi

  1. Pingback: Setujukah anda pemain import punca pasukan kebangsaan gagal | Blog ZooL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.