Keputusan perlawanan bolasepak persahabatan 3.11.2012 Malaysia vs Vietnam

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Malam ini akan berlangsung perlawanan bolasepak persahabatan antara pasukan Malaysia menentang pasukan Vietnam. Walaupun sekadar perlawanan persahabatan tapi kemenangan amat diperlukan bagi menebus maruah kekalahan pada perlawanan persahabatan pertama di Stadium Shah Alam tempohari. Perlawanan pada malam ini juga memberi serba sedikit bentuk pasukan kendalian Datuk K Rajagopal bagi persediaan kejohanan AFF Piala Suzuki.
Perlawanan di Vietnam ini akan bermula jam 8.00 malam. Agak malang, tiada siaran secara langsung disiarkan di kaca televisyen. Cuma ada rumor mengatakan RTM 2 akan menyiarkan secara tertunda (belum dipastikan lagi). Walaubagaimanapun saya akan cuba mencari sumber untuk mengemaskini maklumat terkini perlawanan persahabatan antara pasukan Malaysia menentang Vietnam. Anda juga boleh cuba alamat ini http://www.tinyurl.com/msntv untuk tontonan secara live streaming (kalau bernasib baik).
vietnam malaysia
upload picture

Keputusan perlawanan persahabatan Malaysia vs Vietnam

Malaysia vs Vietnam (0-0)
Kesebelasan Utama :- K.Fahmi,
Bunyamin, Aidil, Fadhli, Azmi (Mahali), Kunalan, Amar, Safiq,
Azamuddin Akil (Wan Zack) ,
Norshahrul, Safee

Separuh Masa Pertama :- 0-0

Separuh Masa Kedua : 0-1
Vietnam minit 74

Keputusan berakhir dengan pasukan Harimau Malaya tumpas tipis 0-1 dengan pasukan tuan rumah. Nampaknya jurulatih masih bereksperimen lagi ni.
Sekian

Please follow and like us:
error0

5 thoughts on “Keputusan perlawanan bolasepak persahabatan 3.11.2012 Malaysia vs Vietnam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.