Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Perlawanan persahabatan antarabangsa kembali lagi. Pasukan Malaysia sekali lagi akan menentang pasukan Filipina. Jika sebelum ini pasukan Malaysia hanya mampu seri dengan Filipina di tempat lawan namun kali ini pasukan Harimau Malaya bermain di tempat sendiri iaitu di Stadium Shah Alam. Perlawanan ini penting untuk Malaysia menang bagi memastikan ranking pasukan kendalian K Rajagopal terus menurun yang menandakan peningkatan prestasi skuad bolasepak negara. Ranking kini (setakat 1 Jun 2012) Malaysia berada di tangga ke 153 manakala Filipina lebih baik di tangga ke 148. Pastinya peluang ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin. Jika sebelum ini alasan bahawa skuad masih dalam percubaan, kali ini alasan tersebut tidak patut digunakan. Masa yang semakin hampir untuk Piala AFF dan skuad sediada mesti yang terbaik. Walaupun ia bukan tugas mudah memandangkan Filipina mempunyai pemain luar yang mendapat status kerakyatan Filipina namun itu bukan bermakna mereka lebih hebat dari Harimau Malaya. Semoga pasukan bolasepak negara mampu mencatat keputusan menang (tak kisah berapa juga jaringannya).
Gambar Hiasan.. Tiada kena mengena dengan perlawanan ini
Perlawanan persahabatan Malaysia menentang Filipina akan disiarkan secara langsung di ASTRO Arena 801 jam 8.45 malam.
Berikut merupakan keputusan perlawanan bolasepak persahabatan Malaysia menentang Filipina
Malaysia vs Filipina 0-0 (0-0)
Kesebelasan Utama Malaysia
—————–Farizal ————
Azmi Muslim———Aidil———–Fadhli Shas.—–, Bunyamin
Kunalan——– Gurusamy——-Safiq (C)—-Shahurain, –
———-Safee,,, , ————, Norshahrul,Separuh Masa Pertama
Perlawanan separuh masa pertama agak seimbang. Pada awal-awal perlawanan terdapat beberapa kesilapan barisan pertahanan yang hampir-hampir membenarkan pasukan Filipina mendapat jaringan. Namun selepas itu permainan mula seimbang. S. Kunalan berjaya mengucarkacirkan pertahanan pasukan Filipina namun jaringan masih tidak tiba juga. Begitu juga, Sharuain tidak bernasib baik selepas tendangan beliau terkena palang selepas bermain baik merampas bola dari pemain Filipina.
Diharap pada separuh masa pertama, bahagian tengah perlu lebih kreatif dan serangan patut memanfaatkan peluang yang terhidang.Separuh Masa Kedua 0-0
Perlawanan dikuasai oleh pasukan Malaysia namun penyudah masih tumpul. Terdapat beberapa peluang oleh Nor Shahrul, Safiq dan Safee Sali namun tidak dapat disempurnakan. Jurulatih perlu cari formula kenapa pemain asyik mensia-siakan peluang untuk merembat bola ke gawang gol..
Nampaknya harapan untuk menyaksikan pasukan Harimau Malaya tidak tercapai. Pada amnya pasukan kita mempunyai beberapa rangkaian serangann yang baik dan hampir-hampir untuk menerjah jaring. Cuma kelemahan di barisan serangan amat ketara. Adakah perlu untuk memasukkan penyerang lain bagi merobek gawang lawan? Apapun diharap jurulatih K Rajagopal dan skuad Malaysia dapat memperbaiki kelemahan pada malam ini sekaligus dapat menumpaskan lawan seterusnya iaitu Singapura .
Sekian
p/s :- Memang amat mengecewakan bila keputusan seri 0-0 sahaja dicapai pada malam ini. Namun tetap menyokong pasukan Harimau Malaya. Semoga mereka berjaya.


harap boleh menng dengan singapura nanti
tak best ni kalau seri
Reply
xper2..ade masa nk improve ag..
Reply
Pingback: Keputusan perlawanan bolasepak persahabatan Malaysia vs Singapura 8 Jun 2012 | Blog Zool Ligakampung