Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan perlawanan bolasepak Malaysia vs Manchester City – 30 Julai 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Selepas menunjukkan prestasi memberangsangkan ketika perlawanan menentang Arsenal , pasukan Malaysia akan bertemu dengan Juara Liga Perdana Inggeris musim 2011/12 Manchester City pada hari ini (30 Julai 2012). Perlawanan ini penting bagi menguji skuad pasukan kendalian K Rajagopal bagi persediaan menghadapi kempen Piala Suzuki AFF bermula November depan.Perlawanan kali ini mungkin akan berubah secara taktikal selepas pemain Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak, S. Subramaniam, Mohd. Bunyamin Umar dan Mohd. Azmi Muslim mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Arsenal lalu.

Uploaded with ImageShack.us
Perlawanan dijadualkan akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula pada pukul 9.45 malam ini. Dijangkakan perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di rangkaian ASTRO Supersport 817 ( masih belum mendapat pengesahan lagi). Siaran langsung juga diadakan di rangkaian 801 ASTRO Arena.

Berikut merupakan keputusan perlawanan bolasepak persahabatan Malaysia vs Manchester City

Keputusan semasa Malaysia vs Manchester City
Malaysia vs Manchester City 1-3 (0-1)
[9.45 malam]
Kesebelasan Utama Malaysia
Farizal
Subra Aidil Azmi Bunyamin
Safiq Baddrol Gary S.Kunanlan
Safee NorShahrul

Kesebelasan Utama Manchester City
Pantilimon
Zabaleta Kolo Abdul Denis
Adam Kolarov Yaya Savic
Tevez Aguero

Gol-gol Malaysia vs Manchester City
city – sergio aguero (minit 17)
city – tevez (minit 47)
city – adam johnson (minit 52)
Malaysia – Azamudin Akil (minit 87)

Separuh Masa Pertama
Perlawanan separuh masa pertama dikuasai oleh pasukan Manchester City. Walaubagaimanapun terdapat beberapa percubaan oleh pasukan Malaysia untuk menembusi benteng pertahanan pasukan Manchester City yang kukuh.

Separuh Masa Kedua
Awal separuh masa kedua pasukan City terus mengasak dan menguasai perlawanan. Pemain handalan dari Argentina, Sergio Aguero menjadi penyumbang kepada kedua-dua gol bagi pasukan City yang disudahkan oleh Carlos Tevez dan Adam Johnson. Setelah berpuas hati dengan 3 jaringan, jurulatih Manchester City melakukan perubahan dengan memasukkan pemain simpanan pada minit-minit akhir perlawanan. Ini memberi sedikit ruang kepada pasukan Malaysia dan pemain gantian, Azamuddin Akil berjaya mendapatkan gol saguhati pada minit permainan.

Tahniah juga kepada pasukan Malaysia yang berjaya memberi tentangan kepada pasukan Juara Liga Perdana Inggeris 2011/2012 ini. Memang nampak perbezaan ketara antara pasukan Harimau Muda dengan pasukan lawan samada dari segi skill, taktikal dan fizikal. Memang mudah bagi pemain-pemain mereka yang bertaraf dunia untuk menumpaskan pasukan Malaysia.

Pada pendapat saya,pemain Malaysia bermain baik kecuali beberapa pemain yang agak gugup dan sering melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya. Nampaknya gandingan Safee Sali dan Norshahrul tidak menjadi lagi pada hari ini. Mungkinkah jurulatih, K Rajagopal perlu melakukan tindakan drastik dengan menukar posisi penyerang utama kepada pemain lain?

Sekian

Please follow and like us:
error0

6 thoughts on “Keputusan perlawanan bolasepak Malaysia vs Manchester City – 30 Julai 2012

  1. paling berbeza ialah skill kawalan bola orang malaysia. semua hantaran hancur. kawalan bola 1st ball pun ntah macam mana…nak kata gugup, rasanya semua berpengalaman.
    saiz badan paling berbeza..gila besar yaya toure tu

  2. Agak sukar menguasai tengah bila Yaya Toure ada di sana. Thank god kita ada Gary, kalu tak habis kena lanyak si Toure. Mmmg Safee Sali dan Norsharol kureng dapat bola. Tapi K. Rajagobal obviously ambil approach yg berani dan tumpuan lebih kepada Piala AFF. Kalau set team cara defensif, mungkin gandingan mereka tidak dapat banyak peluang berlatih bersama.

    1. taktikal K Rajagopal ada yang tak berapa saya setuju terutama bila meletakkan rozaimi di bek kiri. masa hujung perlawanan baru nampak rozaimi ke atas dan cuba untuk mencipta peluang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)