LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan perlawanan bolasepak Liga Super 8 Mac 2014

Selepas berehat untuk persediaan pasukan kebangsaan, perlawanan Liga Super kembali berlangsung. Terdapat 5 perlawanan Liga Super yang berlangsung pada hari ini melibatkan pasukan seperti Lions XII menentang Kelantan yang berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura pada jam 7.45 malam.
Pahang pula akan menentang ATM pada jam 8.45 malam di Stadium Darul Makmur. Pasti ada perubahan selepas jurulatih import Pahang, Ronald Smith telah dipecat dari jawatannya dan digantikan dengan Zainal Abidin Hassan.

Pasukan Perak pula akan menentang PKNS pada jam 8.45 malam di Stadium Ipoh. Pasukan T-Team akan menentang Sarawak pada jam 8.45 malam di Stadium Sultan Ismail, Terengganu. Perlawanan SIme Darby menentang JDT yang berlangsung di Stadium MP Selayang akan bermula pada jam 8.45 malam.

Siaran langsung perlawanan bolasepak Liga Super 8.3.2014

1966758 732311756808730 412890499 n
screen shot download

Siaran langsung perlawanan bolasepak Liga Super 8 Mac 2014 antara Sime Darby menentang JDT akan disiarkan oleh ASTRO Arena 801 bermula jam 8.00 malam. Perlawanan antara Lions XII menentang Kelantan akan disiarkan secara langsung oleh ASTRO 802 pada jam 7.00 malam. Perlawanan antara Pahang menentang ATM pula akan disiarkan secara langsung di TV2 pada jam 8.45 malam.

Keputusan perlawanan bolasepak Liga Super 8.3.2014

Keputusan Penuh

Lions XII vs Kelantan 1-2 (1-0)
Kesebelasan Utama Lions XII : Izwan (G) Faritz, Safuwan, Afiq, Shakir; Isa (C), Firdaus; Faris, Shahfiq, Gabriel; Amri
Kesebelasan Utama Kelantan : Khairul (G) Tuan, Nwaneri, Nik Shahrul, Farisham; Wan, Badhri (C), Shawky, Fakri; Doe, Shakir
piya
This Is Piya

26′ Khairul Amri (LIONS)
50′ Fakri Saarani (KEL)
90′ + 1′ Francis Forkey Doe (KEL)

Sime Darby vs JDT0-2 (0-2)
Kesebelasan Utama Sime Darby : Suffian, Amirul, William, Fahrul, Syukur, Dilshod, Yosri, Hazli, Juzaili, Fadzli, Praba
Kesebelasan Utama JDT : Izham, Asra, Baihakki, Fadhli, Mahali, Awe, Safiq, Shakir, Amri, Luciano, Mat Yo
23′ Luciano Figueroa (JDT)
31′ Norshahrul Idlan Talaha (JDT)

Pahang vs ATM4-1 (3-0)
14′ Matias Conti (PAH)
16′ Dickson Nwakaeme (PAH)
38′ Faizol Hussein (PAH)
50′ Dickson Nwakaeme (PAH)
67′ Juan Manuel Arostegui (ATM)

Perak vs PKNS1-1(1-1)
5′ Elliel Guardiano (PER)
38′ Karlo Primorac (PKNs)

T-Team vs Sarawak 2-0 (0-0)
46′ Ramzul (T-Team)
85′ Badrul (T-Team)

** Tahniah kepada pasukan yang menang. Nampaknya pasukan ATM agak teruk dibelasah pasukan Pahang. Sebelum ni pun rasanya kalah dengan jaringan besar .

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)