LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan perlawanan bolasepak Liga Super 7 Mei 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Perlawanan bolasepak Liga Super pada hari ini melibatkan 6 perlawanan. Pasti setiap pasukan ingin mendapatkan kemenangan memandangkan hanya 7 atau 8 perlawanan yang tinggal bagi melihat dimana akhirnya pasukan masing-masing.
Hanya 1 perlawanan diadakan pada petang iaitu melibatkan pasukan Terengganu menentang Lions XII yang berlangsung pada jam 4.45 petang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Perlawanan lain yang berlangsung pada malam hari melibatkan Perak menentang Negeri Sembilan, Pahang melawan Selangor yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, PKNS menentang T-Team di Stadium Shah Alam, ATM menentang JDT di Stadium Tunku Abdul Rahman serta Kelantan menentang Felda United di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Siaran langsung bolasepak Liga Super 7.5.2013

Siaran langsung bolasepak Liga Super pada 7 Mei 2013 adalah antara Terengganu menentang Lions XII yang disiarkan di ASTRO Arena 801 pada jam 4.45 petang dan Pahang menentang Selangor yang disiarkan pada jam 8.45 malam.

Keputusan perlawanan bolasepak Liga Super 7.5.2013


bolasepak liga super 7mei2013
image uploading site

Keputusan Penuh
Terengganu vs Lions XII 1-2 (0-0)
Terengganu minit 64 : Ismail Faruqi
Lions minit 78 : Baihakki Khaizan
Terengganu minit 90 +2 : Hasmizan Kamaroddin (OG)

ATM vs Johor Darul Takzim 1-0 (0-0)
ATM minit 58 : Marlon Alex James
ATM minit 63 : Marlon Alex James

PKNS vs T-Team 2-1 (1-0)
PKNS minit 12 : Nizad
T-Team minit 48 : Damir Ibric
PKNS minit 70 : Roman Charmelo

Kelantan vs Felda United 3-0 (2-0)
Kelantan minit 32 : Indra Putra
Kelantan minit 35 : Indra Putra
Kelantan minit 90 : Badri Radzi

Pahang vs Selangor 1-2 (1-1)
Selangor minit 3 : Forkey Doe
Pahang minit 39 : Surendren
Selangor minit 72 : Forkey Doe
Pahang minit 90 : Surendren

Perak vs N.Sembilan 2-1(1-0)
Perak minit 22 : Paulo Rangel
Perak minit 60 : Paulo Rangel
Negeri Sembilan minit 90 : Nazrin Nawi

**Ada sesuatu yang menarik pada perlawanan hari ini apabila terdapat 5 pemain yang menjaringkan 2 gol iaitu Paulo Rangel, Forkey Doe, Surendren, Indra Putra dan Marlon Alex James

Sekian

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Keputusan perlawanan bolasepak Liga Super 7 Mei 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)