LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan Bolasepak Liga Super 22 Mac 2014

Perlawanan bolasepak Liga Super Malaysia pada 22 Mac 2014 membabitkan 6 perlawanan keseluruhannya.
Kesemua perlawanan berlangsung pada jam 8.45 malam kecuali pertemuan antara Lions XII menentang PKNS yang bermula pada jam 7.45 malam.

Lions XII menentang PKNS
Satu pertarungan yang bakal menyaksikan kekuatan pasukan Lions XII teruji di Stadium Jalan Besar, Singapura. Walaupun gelanggang itu sering menghadiahkan kemenangan namun ia tidak kebal apabila mereka tumpas di tangan Kelantan pada perlawanan yang lalu. Namun itu bukan petanda kejatuhan kerana pasukan yang dibimbing oleh Fandi Ahmad ini mempunyai kekuatan sendiri terutama di gelanggang keramat mereka. Pasti sukar untuk PKNS mendapat mata di sini namun segalanya boleh berlaku.

Pahang menentang Sarawak
Pahang yang semakin melonjak dengan bimbingan jurulatih Zainal Abidin Hassan pasti akan cuba mempertahankan kegagahan mereka di Stadium Darul Makmur. Namun Sarawak yang tidak mempunyai rekod baik di gelanggang lawan tidak mahu berterusan kalah apabila bertandang ke Pahang. Pasti mereka menginginkan sekurang-kurangnya satu mata dan mungkin mampu merampas 3 mata seandainya kemenangan dapat dicapai.

Selangor menentang Kelantan
Kedua-dua pasukan yang baharu tumpas dalam perlawanan Piala AFC pada minggu ini pasti ingin melupakan episod duka dan meneruskan perjuangan dalam Liga Super. Perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam pasti menjadi perlawanan yang ditunggu oleh penyokong fanatik kedua-dua pasukan.

Johor DT menentang ATM
Pasukan Johor DT atau JDT pastinya mempunyai kelebihan beraksi di Stadium Larkin namun skuad ATM bimbingan B Sathianathan pasti tidak ingin episod duka berterusan. Pastinya malam ini akan menyaksikan samada penyerang import kedua-dua pasukan mampu merobek gawang lawan untuk mendapat kemenangan.

T-Team menentang Perak
Kedua-dua pasukan yang agak kurang menonjol prestasi apatah lagi dengan episod kekalahan pada perlawanan lalu menambah duka jurulatih masing-masing. Perlawanan pada malam ini pasti ingin dimenangi oleh kedua-dua pasukan agar menaikkan semula moral pasukan.

Sime Darby menentang Terengganu
Sime Darby yang akan menanti kunjungan pendahulu Liga, Terengganu di Stadium MP Selayang. Walaupun tampak sukar untuk pasukan berstatus kelab ini namun peluang untuk mendapatkan mata penuh itu ada apatah lagi pasukan pelawat hadir tanpa 4 tonggak utama pasukan. Pasti kesan akan terasa pada skuad Terengganu ini.

Siaran langsung perlawanan bolasepak Liga Super 22.3.2014

Perlawanan antara Lions XII menentang PKNS disiarkan secara langsung di ASTRO Prima 105. Siaran langsung antara Selangor menentang Kelantan akan disiarkan oleh ASTRO Arena. Perlawanan antara T-Team menentang Perak akan disiarkan oleh TV2.

Keputusan Perlawanan Liga Super 22.3.2014

liga super 22 mac 2014
prntscr

Keputusan Penuh
Lions XII vs PKNS 2-1 (1-1)
LionsXII : Izwan, Faritz, Safuwan, Afiq, Shakir, Raihan, Nazrul, Firdaus, Zulfahmi, Faris, Amri
PKNS FC : Remezey, Shahrul, Nazmi, Azrin, Karlo, Fauzan, Gunalan, Ghani, Helmi, Hamka, Kim
31′ Nazmi (PKNS)
44′ Zulfahmi (LIONS)
59′ Faris (LIONS)

Pahang vs Sarawak 3-1 (1-0)
Pahang: Azhan, Saiful, Damion, Razman, Shahrizan, Hafiz, Gopi, Azidan, Conti, Dickson, Azamuddin
Sarawak : Sani, Ronny, Mafry, Ramesh, Hairol, Gabor, Joseph, Junior, Lot, Rashid, Chanturu
30′ Dickson (PAH)
60′ Damion (PAH)
72′ Hafiz (PAH)
90′ Rashid (SAR)

Selangor vs Kelantan (1-0)
Selangor : Farizal, Pantelidis, Sharom, Bunyamin, Guru, Kunanlan, Andik, Veenod, Paulo, Thamil, Hadi
Kelantan : Apek, Faim, Obinna, Farisham, Zairul, Zaharulnizam, Amar, Piya, Shawky, Fakri, Forkey
22′ Paulo Rangel (SEL)

JDT vs ATM 1-1(0-1)
JDT : Izham, Mahali, Fadhli, Baihakki, Fazly, Azwan, Shakir, Hariss, Amri, Luciano, Norshahrul
ATM : Adney, Fazly, Dilevski, Fauzi, Irwan, Arostegui, Bruno, Riduwan, Venice, Christie, Hairuddin
40′ Riduwan (ATM)
90′ Safee (JDT)

T-Team vs Perak (0-0)
T-Team : Shahril, Syuhiran, Hazwan, Fabio, Mazuki, Azrul, Nizad, Nelson, Hattaphon, Evaldo
Perak : Razi, Raffi, Nasir, Sukri, Tuah, Hazrul, Martin, Hisyamudin, Azmeer, Nazri, Guardiano
79′ Mugenthirran (PER)
82′ Ramzul (T-Team)

Sime Darby vs Terengganu 3-2(2-1)
Sime Darby : Suffian, Azmirul, William, Syukur, Dilshod, Yosri, Firdaus, Prabakaran, Farid, Nazrul, Hazli
Terengganu : Sharbinee, Zubir, Bikana, Azlan, Izzat, Ismail, Nordin, Mario, Hakim, Farhan, Marcio
6′ Nazrul (SIMEDARBY)
23′ Ismail Faruqi (TER)
45’+2′ Hazli (SIMEDARBY)
50′ Farid Ramli (SIMEDARBY)
70′ Norfarhan (TER)

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Keputusan Perlawanan Bolasepak Liga Super 22 Mac 2014

  1. lengkap dan tersusun kemas bro.. aku susah sikit nak update guna hpone. memang cincai punyalah… jdt nih aku hangin tul… banyak benda harus dibaiki lagi… bojan pun campur tangan, makin kelam kabut pulak… terengganu , slngor, pahang, kelantan kongsi mata… sengit2.. semua tema takda konsisten lagi..

    1. betul tu.. team takde konsistensi.. tak nampak team yg boleh naik..
      hm.. nampak juga lions xii yg semakin nak konsisten.. adakah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)