LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan bolasepak Liga Super 22 Januari 2013

Perlawanan kelima bagi pasukan Liga Super pada hari ini 22.1.2013 akan menyajikan saingan menarik antara pasukan bertanding.
Terdapat 6 perlawanan berlangsung pada hari ini dimana terdapat 1 perlawanan diadakan pada waktu petang dan selebihnya dilangsungkan pada waktu malam.
Perlawanan petang antara T-Team menentang Lions XII telah diketahui keputusan (entri ini ditulis pada jam 7.00 malam) dimana pasukan T-Team berjaya menumbangkan skuad Lions XII dengan keputusan 1-0 melalui sepakan penalti Badrul Hisham pada minit ke 74. Perlawanan ini berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Perlawanan lain yang berlangsung pada malam seperti Perak menentang Selangor yang akan berlangsung di Stadium Lumut pada jam 8.45 malam ini. Pastinya mengalahkan N.Sembilan di Stadium Paroi pada minggu lepas menjadi tonik untuk pasukan Kejor Yob Kejor melakar kejutan di tempat sendiri pada perlawanan malam ini.

Perlawanan antara ATM menentang Felda United pada jam 8.45 malam di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi jam 8.45 malam. Pastinya ATM ingin mendapatkan mata penuh menumbangkan Felda United bagi mencabar kedudukan carta Liga Super 2013.
Perlawanan Kelantan menentang N.Sembilan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada malam ini mungkin memberi kelebihan pada pasukan Kelantan. Namun tindakan penyudah pasukan Kelantan yang agak tumpul pada malam ini mampu menghalang mata penuh dicapai di gelanggang sendiri.

Pasukan Pahang yang mengalami kekalahan pertama di Selangor pasti tidak mahu berputih mata di Stadium Darul Makmur, Kuantan. Perlawanan menentang Terengganu akan dijadikan sebagai peluang untuk mengembalikan kekuatan pasukan Tok Gajah ini.

PKNS yang semakin meningkat pasti memberi masalah kepada pasukan tumpuan, Johor Darul Takzim. Pasukan Selatan tanahair yang dibarisi pemain bintang ini masih ketandusan selepas mengalami prestasi turun naik. Mungkinkah pasukan bimbingan Fandi Ahmad mengalami satu lagi detik kecewa? Atau mereka mampu bangkit?

Perlawanan antara Perak menentang Selangor akan disiarkan secara langsung di ASTRO Arena 801.
Seperti biasa keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Perlawanan Pahang menentang Terengganu disiarkan secara langsung di RTM 1.

Keputusan Perlawanan Liga Super 22.1.2013

T-Team vs Lions XII 1-0 (0-0)
Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah [ 4.45 petang ]
T-Team mint 74 (Badrul Hisham)
** T-Team berjaya menumbangkan pasukan Lions XII. Pasti satu keputusan yang diharapkan

Perak vs Selangor 1-1(0-0)
Stadium Lumut [ 8.45 malam]
Selangor (Forkey Doe)
Perak (Hadi Yahya)
** Isu pengadil menjadi isu dalam perlawanan ini. Adakah patut Amri Yahya mendapat kad kuning kedua? Anda fikirkanlah sendiri.

ATM vs Felda Utd 2-0 (1-0)
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi [8.45 malam]
ATM (Marlon)
ATM (Shukor Adan)
** ATM semakin garang dengan pemain yang berusia.

Kelantan vs N.Sembilan 0-0(0-0)
Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu [ 8.45 malam ]
** Kelantan seri di tempat sendiri? Ketumpulan jentera serangan masih berlaku…

Pahang vs Terengganu 3-0 (0-0)
Stadium Darul Makmur, Kuantan [ 8.45 malam ]
Pahang minit 76 (Hafiz Kamal)
Pahang minit 78 (Fauzi Roslan)
Pahang minit 89 (Hafiz Kamal)
** Pahang meratah Terengganu di tempat sendiri. Permainan yang baik walaupun setelah pemain tonggak, Amirul Hadi dan Surendran dikeluarkan akibat kecederaan di separuh masa pertama.

PKNS vs Johor DT 1-3 (0-1)
Stadium Shah Alam, Selangor [8.45 malam]
Johor Darul Takzim (Safee Sali)
Johor Darul Takzim (Ezrie)
Johor Darul Takzim (Daniel Guiza)
PKNS (Faiz)
** Safee Sali menjaringkan gol sulung di Liga Super. Manakala Guiza meneruskan jaringan gol . Ada lagi 47 gol untuk mencapai sasaran 50 gol beliau. Semoga berjaya

Sekian

Please follow and like us:
error0

One thought on “Keputusan Perlawanan bolasepak Liga Super 22 Januari 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)