LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan bolasepak Liga Super 19 Februari 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Perlawanan Liga Super pada hari ini 19 Februari 2013 membabitkan 6 perlawanan. Perlawanan antara T-Team menentang Felda United telah diketahui keputusan dimana kedua-dua pasukan terikat 1-1.
Perlawanan lain pula adalah seperti pertembungan antara ATM menentang Selangor. Perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi ini pasti dinantikan terutama selepas isu pergaduhan pada perlawanan Piala FA yang lalu.
Perlawanan antara Perak menentang Pahang pasti akan menjanjikan pertembungan menarik. Atas kertas, mungkin Pahang mampu memenangi perlawanan ini tapi sebagai tuan rumah, pastinya Perak tidak mahu episod duka berterusan lagi.

Perlawanan jiran, Johor Darul Takzim menentang Lions XII di Stadium Larkin pasti akan dikunjungi oleh ribuan penyokong pasukan Harimau Selatan ini.
Satu lagi pertembungan pasukan berjiran, Kelantan menentang Terengganu pasti akan menjadi tumpuan peminat bolasepak pantai timur.
PKNS FC pula akan menentang N.Sembilan di Stadium Shah Alam.
Perlawanan siaran langsung antara ATM menentang Selangor disiarkan secara langsung di ASTRO Arena 801 jam 8.45 malam dan siaran tertunda Johor DT vs Lions XII pada jam 11.45 malam. Manakala RTM 1 pula menyiarkan perlawanan antara Perak menentang Pahang.
astro-arena-19-2-2013

Keputusan perlawanan bolasepak Liga Super 19.2.2013

Keputusan penuh bolasepak Liga Super 19 Februari 2013

T-Team vs Felda Utd 1-1

ATM vs Selangor (1-0)
ATM minit 17 (Bruno Marteloto)

Perak vs Pahang (1-0)

Johor DT vs Lions XII 2-2 (1-2)
Lions XII minit 4 (Harris Harun)
Johor DT minit 12 (Simone Del Nero)
Lions XII
Johor minit 82 (Norshahrul)

Kelantan vs Terengganu 2-0 (1-0)
Kelantan minit 33 (Keita Mandjou)
Kelantan minit 65 (Keita Mandjou)

PKNS vs N.Sembilan 2-2 (2-1)
PKNS minit 6
N.Sembilan minit 8
PKNS minit 26
N.Sembilan minit 87

Pasukan Selangor turun takhta dan pasukan ATM menguasai carta selepas 7 perlawanan. Satu keputusan yang agak menarik dan mengejutkan. Tiada pasukan pilihan untuk musim ini nampaknya.
Sekian

Please follow and like us:
error0

3 thoughts on “Keputusan Perlawanan bolasepak Liga Super 19 Februari 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)