Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan bolasepak kelayakan Piala Asia 2015 – Malaysia lawan Qatar

Hari ini berlangsung perlawanan bolasepak kelayakan Piala Asia 2015. Selepas bertubi-tubi menerima kritikan pada perlawanan menentang Bahrain tempohari, hari ini pasukan skuad bolasepak negara akan melayan kunjungan skuad kebangsaan Qatar di Stadium Shah Alam. Walaupun berdasarkan ranking semasa pasukan Malaysia agak terkebelakang (Malaysia ranking 158, Qatar 106 -ranking 19.11.2013) namun dalam perlawanan bolasepak tiada yang mustahil.

malaysia-vs-qatar
Perlawanan yang memerlukan kemenangan bagi membuka peluang untuk ke kejohanan Piala Asia 2015 di Australia nanti pasti pasukan bimbingan Datuk K Rajagopal akan mempamerkan aksi bersemangat. Malahan jurulatih Harimau Malaya itu akan menukar taktikal bertahan yang ditampilkan ketika menentang Bahrain tempohari kepada corak yang lebih positif. Skuad negara yang berkelebihan beraksi di gelanggang sendiri tidak patut mempersia-siakan peluang tersebut. Hanya kemenangan membuka peluang untuk skuad negara mendapatkan slot ke Australia nanti.

Siaran langsung perlawanan bolasepak kelayakan Piala Asia 19.11.2013 – Malaysia vs Qatar

Perlawanan bolasepak kelayakan Piala Asia 2015 antara Malaysia menentang Qatar akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada jam 8.45 malam. Perlawanan bolasepak kelayakan Piala Asia antara Malaysia melawan Qatar akan disiarkan secara langsung oleh siaran ASTRO Arena 801 bermula pada jam 8 malam.

Mampukah skuad negara mengalahkan pasukan Qatar pada malam ini? Kita tunggu dan lihat keputusannya yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Keputusan perlawanan bolasepak kelayakan Piala Asia 2015 19 November 2013

Keputusan Semasa
Malaysia vs Qatar 0-1 (0-0)
Kesebelasan Utama Malaysia : Khairul Fahmi – Mahali – Razman – Taj – Aidil – Safiq (C) – K Gurusamy- S Kunalan – Norshahrul – Amri Yahya – Safee Sali
Qatar minit 65 : Al-ali

** Pasukan Qatar muncul pemenang melalui jaringan tunggal sekaligus membolehkan mereka layak secara automatik ke kejohanan Piala Asia 2015. Ada peningkatan permainan skuad kebangsaan namun masih jauh lagi. Terdapat ketumpulan di barisan serangan yang perlu diperbaiki. Adakah ini kali terakhir jurulatih K Rajagopal mengendalikan skuad Harimau Malaya?

Please follow and like us:
error0

4 thoughts on “Keputusan Perlawanan bolasepak kelayakan Piala Asia 2015 – Malaysia lawan Qatar

  1. Eloklah ditukar coach tu dan dicari jurulatih yang lebih berwibawa dan bukannya mengambil jurulatih yang membuat permohonan untuk menjadi jurulatih malaysia.

  2. Memang kena letakkan pemain yang benar2 ada prestasi terbaik yang terkini untuk mewakili pasukan kebangsaan.

    *Sedih dengan kekalahan semalam 😐

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)