Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan perlawanan bolasepak kelayakan Piala Asia 2015 Kumpulan D – Malaysia vs Bahrain

Agak lama skuad kebangsaan Malaysia tidak beraksi dalam perlawanan kompetitif dan hari ini berlangsung perlawanan untuk kelayakan Piala Asia 2015.Selepas impian untuk ke Piala Dunia 2014 telah berkubur pasti skuad negara ingin menempah tiket ke perlawanan Piala Asia 2015. Untuk perlawanan hari ini, skuad kendalian K Rajagopal akan bermain di Stadium Shah Alam menentang skuad Bahrain. Pastinya skuad Harimau Malaya menginginkan kemenangan kedua selepas menumbangkan Yemen pada bulan Mac lalu. Namun ia bukan mudah kerana pemain terbaik ketika itu, Wan Zack tiada dalam perlawanan malam ini.

Walaubagaimanapun itu bukan petanda pasukan negara tidak mempunyai peluang. Pastinya barisan pemain sediaada mempunyai kekuatan sendiri untuk membolosi gawang lawan. Berdasarkan ranking FIFA sehingga 13 September, Malaysia berada di ranking ke 161 manakala Bahrain di ranking 121. Memang ada perbezaan ranking disitu dimana Bahrain lebih baik dari Malaysia namun pada malam ini skuad negara mempunyai kelebihan bermain ditempat sendiri. Pasti ia adalah senjata yang boleh digunakan untuk merobek semangat skuad Bahrain itu. Tambahan pula Bahrain baru melantik jurulatih baharu, pasti akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan skuad tersebut. Jadi skuad negara perlu memanfaatkan sebaik-baiknya bermain di stadium yang mampu menempatkan lebih 80,000 penyokong itu.

Selain itu, pastinya keputusan ini sedikit sebanyak akan memberi kesan terhadap posisi Datuk K Rajagopal sebagai ketua jurulatih negara. Sekiranya tumpas pasti jawatan beliau akan dipersoalkan samada perlu diteruskan atau ditamatkan kontrak lebih awal.
k rajagobal

Siaran langsung bolasepak kelayakan Piala Asia 2015 – Malaysia lwn Bahrain

malaysia vs bahrain
taking a screen shot

Perlawanan ini berlangsung di Stadium Shah Alam bermula 8.15 malam. Perlawanan bolasepak kelayakan Piala Asia 2015 antara Malaysia melawan Bahrain akan disiarkan secara langsung di kaca tv oleh rangkaian ASTRO Arena 801 jam 8.00 malam.

Keputusan perlawanan bolasepak kelayakan Piala Asia 2015 – Malaysia lwn Bahrain

Keputusan Penuh
Malaysia vs Bahrain1-1 (0-1)
Kesebelasan Utama : Khairul Fahmi, Asraruddin, Reuben, Amirizdwan, Aidil, Safiq, Gurusamy, Kunanlan, Azamuddin (Nazrin Nawi), Norshahrul, Amri
Bahrain minit 45 :Abdulla Salleh Aman
Malaysia minit 71 : Norshahrul Idlan Talaha

** Tahniah kepada pasukan Harimau Malaya yang bermain agak baik terutama pada separuh masa kedua. Cuma kurang kreativiti di bahagian tengah yang menyukarkan barisan serangan menghasilkan jaringan. Diharap perlawanan seterusnya mampu memberikan keputusan yang lebih baik.

norshahrul bahrain
uploading images

Sekian

Please follow and like us:
error0

6 thoughts on “Keputusan perlawanan bolasepak kelayakan Piala Asia 2015 Kumpulan D – Malaysia vs Bahrain

  1. pemian banyak dibelenggu kecederaan… tetapi harapnya tidak mematahkan semangat buat skuad harimau malaya kita ini terus beraksi sebentar sahaja lagi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)