LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan Bola Sepak Kelayakan Piala Asia 2019: Malaysia menentang Lubnan

Hari ini berlangsung perlawanan antarabangsa membabitkan pasukan Kebangsaan Malaysia. Perlawanan pertama pasukan kebangsaan selepas perlawanan menentang pasukan Korea Utara tertangguh akibat masalah diplomatik.
Dalam perlawanan ini menguji kemampuan ketua jurulatih baharu pasukan Malaysia, Nelo Vingada untuk membuktikan sesuatu kepada pasukan negara. Selain itu barisan pemain yang kembali dari persaraan juga dituntut memberikan aksi terbaik bagi membalas kepercayaan penonton bola sepak tempatan.

Kesebelasan Utama Pasukan Malaysia

Khairul Azhan (pg)
Shahrom Kalam (def)
Khairul Hemi(def)
Mohd Rizal Ghazali (def)
Nazirul Naim (def)
Mahali Jasuli (wing)
Amirulhadi(mid)
Safiq Rahim (mid)
Syazwan Zainon (wing)
Baddrol Bakhtiar (mid)
Ahmad Hazwan(striker)

Kalau diikutkan corak permainan menggunakan strategi 4-5-1 dimana Syawan dan Mahali akan membantu manakala Baddrol akan bertindak sebagai ‘False 9’.

 

Keputusan Perlawanan Malaysia menentang Lubnan

Malaysia vs Lubnan 1-2

Mahali Jazuli(MAS) minit 43′

Rabih Ataya(LEB) minit 79′

Rabih Ataya(LEB) minit 90+4′

 

Nampaknya terlalu banyak perlu diperbaiki. Nampak terlalu longgar terutama di bahagian tengah yang tidak mampu menjana serangan.

Secara peribadi Ligakampung.com berpendapat agar pemain yang BERSARA tu eloklah meneruskan HAJAT sebelum ini. Berilah kepada pemain lain yang mungkin lebih berkelayakan. Agak kecewa melihat persembahan pasukan negara. Bagi Tan Cheng Hoe dan Nelo Vingada pula, buatlah OVERHAUL untuk pertandingan akan datang. Barisan pemain ini perlu dilakukan perubahan ketara.

Kelemahan fizikal dan mental perlu diperbaiki dengan secepatnya. Terlalu banyak hantaran yang sia-sia dan tiada pengawalan bola. Terlalu banyak bertahan dan percubaan melambatkan perlawanan akhirnya memakan diri.

 

Please follow and like us:
error0

One thought on “Keputusan Perlawanan Bola Sepak Kelayakan Piala Asia 2019: Malaysia menentang Lubnan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)