LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan perlawanan badminton separuh akhir BWF Terbuka Super Series Akhir 2011 , Lee Chong Wei kalah kepada Chen Long

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Image Hosting
Nampaknya sekali lagi Datuk Lee Chong Wei tumpas. Kalau sebelum ini Lin Dan sahaja yang menjadi batu penghalang namun kali ini seorang lagi pemain dari China, Chen Long pula menjadi pemusnah untuk impian bergelar juara.

Keputusan perlawanan badminton separuh akhir BWF Terbuka Series akhir 2011 – Lee Chong Wei lawan Chen Long 16-21, 21-16, 18-21

Nampaknya keadaan ini sedikit sebanyak menyukarkan impian untuk merangkul emas pertama di Olimpik. Harap-harap Datuk Lee Chong Wei akan bangkit segera selepas mengalami kekalahan di separuh akhir ni..

Selain itu, BAM juga perlu mengkaji kenapa prestasi pasukan badminton negara makin teruk. Hanya mengharapkan Datuk Lee Chong Wei sahaja untuk ke peringkat tertinggi manakala pemain lain makin merosot. Pasangan beregu yang ego, sehingga menyebabkan Rexy Mainaky beralih ke beregu perempuan semakin teruk. Ingatkan bila tukar jurulatih semakin baik tapi semua perlawanan kalah. Apa citer…

Apapun kita tengoklah perkembangan pasukan badminton lepas ni. Apa tindakan yang akan dilakukan oleh pengurusan BAM ? Masih tercari-cari formula untuk memajukan sukan badminton ke?

Sekian.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)