LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan perlawanan badminton akhir Olimpik – Lee Chong Wei vs Lin Dan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Baru sebentar tadi, pasangan beregu utama negara Koo Kien Keat/Tan Boon Heong tumpas kepada pasangan beregu dari Korea Selatan sekaligus meranapkan impian untuk mendapatkan pingat pertama negara.
Seperti yang kita sedia maklum, Datuk Lee Chong Wei sudah mengesahkan pingat untuk negara namun warnanya masih belum dipastikan samada pingat emas mahupun perak. Perlawanan untuk menentukan pingat tersebut akan berlangsung kira-kira jam 8.00 malam ini.

Image Hosting
Gambar Hiasan. Tiada kena mengena dengan perlawanan. Tapi nampak muda dua-dua jaguh ni..
Pastinya beban yang amat berat terpaksa ditanggung oleh Lee Chong Wei untuk mencari pingat emas pertama dalam sejarah Olimpik. Sememangnya sukar apatah lagi terpaksa menentang seteru utama yang juga juara bertahan, Lin Dan dari China. Apapun diharap pemain no 2 dunia ini mampu memberikan sesuatu yang terbaik dalam perlawanan malam ini.
Diharap juga persembahan mantap beliau mampu memberikan pingat emas kepada negara.
Perlawanan siaran langsung akan disiarkan di ASTRO HD 849 pada jam 8.00 malam. Bagi yang tiada ASTRO boleh cuba tengok kat Youtube di channel Olimpik.

Berikut merupakan keputusan perlawanan akhir Badminton Olimpik 2012 – Lee Chong Wei vs Lin Dan

Keputusan Final badminton Olimpik 2012
Lee Chong Wei vs Lin Dan 21-15, 10-21, 19-21


Nampaknya Lee Chong Wei terpaksa akur dengan kehebatan Lin Dan dan tumbang kepada lawan yang lebih hebat. Tahniah kepada beliau. Walaupun kalah namun tetap menjadi kebanggaan kepada rakyat Malaysia.

Image Hosting

Image Hosting

Image Hosting
Kesedihan Datuk Lee Chong Wei setelah tidak mampu menunaikan pingat emas untuk negara.
twitter lee chong wei
free image hosting

Twitter Dato’ Lee Chong Wei meminta maaf kerana tidak dapat pingat emas
Sekian.

p/s :- Lepas ni tengok Azizulhasni Awang pula dari sukan berbasikal. Mampukah beliau mendapatkan pingat emas pertama negara?

Please follow and like us:
error0

5 thoughts on “Keputusan perlawanan badminton akhir Olimpik – Lee Chong Wei vs Lin Dan

  1. Keseluruhan rakyat malaysia menumpukan perlawanan tadi. Tahniah kepada Dato Lee Chong Wei kerana mendapat pingat perak olimpik pertama negara. Beliau hanya tewas tipis jer tadi. walaupun kalah beliau telah menyatukan 23 juta rakyat malaysia secara tidak langsung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)