LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan Akhir Piala Thomas 2014

Penantian selama 22 tahun untuk merangkul Piala Thomas adakah mampu dicapai oleh skuad badminton negara? Skuad yang sebelum ini dicemuh dan tidak diharapkan secara tiba-tiba berada dalam keadaan terbaik untuk mencipta kejutan.
Pastinya perlawanan akhir Piala Thomas 2014 yang berlangsung di India ini akan menjadi tumpuan peminat sukan tempatan. Perlawanan badminton berkumpulan terulung yang menjanjikan sejarah bagi pemenangnya. Namun mampukah skuad badminton negara menumbangkan pasukan Jepun?

Walaupun pasukan Jepun dikatakan bukanlah pasukan pilihan namun keupayaan menumpaskan gergasi badminton , China dengan keputusan 3-0 amat menggerunkan. Kekuatan pemain mereka yang berada dalam prestasi terbaik juga menjadi igauan bagi pasukan badminton negara.
Harapan utama, Datuk Lee Chong Wei perlu memenangi perlawanan pertama bagi memberi sinar kepada pemain lain meneruskan perjuangan. Beregu negara yang baharu digabungkan perlu menidakkan keupayaan beregu pasukan lawan. Manakala pemain perseorangan kedua, Chong Wei Feng perlu meneruskan prestasi cemerlang.
Pemain perseorangan ketiga Liew Darren/Goh Soon Huat perlu bersedia sekiranya perlawanan masuk ke penentuan terakhir.

Kepada peminat sukan negara jangan lupa saksikan perlawanan akhir Piala Thomas 2014 antara Malaysia menentang Jepun pada jam 5.30 petang waktu Malaysia di ASTRO Arena dan TV1.

Keputusan Perlawanan Akhir Piala Thomas 2014

Perseorangan Pertama
Lee Chong Wei vs Kenichi Tago 21-12, 21-16
** Datuk Lee Chong Wei seperti diharapkan berjaya menumbangkan perseorangan pertama negara sekaligus memberi mata pertama untuk Malaysia

Beregu Pertama
Tan Boon Heong/ Hoo Thien How vs Hiroyuki Endo/ Kenichi Hayakawa 21-12, 17-21, 19-21
** Pasangan beregu negara cuba sedaya upaya tapi akur terhadap kekuatan pasangan beregu pertama Jepun sekaligus terlepas 1 mata untuk negara

Perseorangan Kedua
Chong Wei Feng vs Kento Momota 15-21, 17-21
Rentak kecemerlangan Chong Wei Feng ditamatkan oleh pemain perseorangan kedua Jepun.. Jepun mendahului dengan 2 mata berbalas 1.

Beregu Kedua
Goh V Shem/ Tan Wee Kiong vs Keigo Sonoda/ Takeshi Kamura 19-21, 21-17, 21-12
Beregu kedua negara memberikan sinar untuk pasukan negara apabila mendapatkan mata kedua negara.

Perseorangan Ketiga
Liew Daren vs Takuma UEDA 12-21, 21-18, 17-21
Agak malang apabila perseorangan ketiga, Liew Daren tidak mampu memungut mata terakhir untuk skuad Piala Thomas negara.

Tahniah kepada pasukan Jepun yang mencipta sejarah sebagai juara Piala Thomas untuk kali pertama..

Please follow and like us:
error0

6 thoughts on “Keputusan Perlawanan Akhir Piala Thomas 2014

Leave a Reply to Denaihati Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)