LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2019

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 menemukan antara pasukan JDT menentang pasukan Kedah. Pertembungan kedua-dua pasukan ini menyaksikan pertarungan epik kedua-dua pasukan yang pernah bertembung pada perlawanan akhir 2 tahun lalu yang dimenangi oleh pasukan JDT.
Tetapi pasti pada tahun ini aksi berbeza bakal ditampilkan oleh kedua-dua pasukan apatah lagi masing-masing mempunyai misi tersendiri untuk menjulang Piala Malaysia pada tahun ini.
Pasukan manakah akan menjadi juara? Ligakampung.com akan cuba memberikan sedikit ulasan selepas berakhirnya perlawanan yang berlangsung pada malam ini.

Keputusan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2019

JDT vs Kedah 3-0

Ulasan Separuh Masa Pertama

Pasukan JDT menguasai perlawanan dengan serangan bertali arus. Gol jaringan Leandro Vasquez terhasil selepas kelam kabut oleh pertahanan Kedah.

Pada minit ke 35 sepakan percuma menarik melalui Safawi Rasid menerjah jaring sekaligus memberikan kelebihan kepada pasukan JDT di separuh masa pertama.

Dalam separuh masa pertama ini, memang pasukan JDT cukup mendominasi bahagian serangan lebih-lebih lagi selepas kemasukan Syafiq Ahmad menggantikan Diogo yang mengalami kecederaan. Barisan pertahanan Kedah pula meskipun berdisplin namun terdapat kepincangan menyebabkan serangan sering dilakukan oleh barisan serangan JDT. Ada beberapa percubaan yang hampir menghasilkan gol manakala Kedah masih buntuk untuk melepasi barisan tengah pasukan JDT yang dikemudi Afiq Fazail dan Harris Harun.

Nampak kekuatan yang berbeza dari barisan tengah memberikan kelebihan pada skuad JDT. Mungkin jurulatih Kedah perlu melakukan perubahan formasi dan pemain pada separuh masa kedua memandangkan barisan tengah agak pincang ketika ini.

Ulasan Separuh Masa Kedua

Perlawanan separuh masa kedua menyaksikan Kedah cuba untuk mendapat gol tetapi pasukan JDT masih menguasai di bahagian tengah. Jaringan terhasil melalui Syafiq Ahmad melalui tandukan pada minit ke 57 selepas satu hantaran cantik Afiq Fazail.

Tahniah kepada pasukan JDT yang berjaya memenangi Piala Malaysia 2019. Memang berbeza perbandingan antara kedua pasukan. Kita lihat dominasi bahagian tengah JDT selepas Harris Harun dan Afiq Fazail berjaya melaksanakan tugas berbanding David Rowley dan Baddrol Bakhtiar. Jangan kecewa kepada pasukan Kedah. Perbaiki untuk musim hadapan ye..

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)