LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2015

Hari ini berlangsung perlawanan akhir Piala Malaysia 2015. Perlawanan penutup bagi kejohanan Liga Malaysia 2015 ini amat dinantikan oleh penyokong bolasepak tempatan.
Perlawanan akhir bagi edisi kali ini melibatkan pasukan Kedah menentang pasukan Selangor. Kedua-dua pasukan kepingan untuk mendapatkan kejuaraan teragung dalam bolasepak Malaysia.
Pasukan Selangor masih dalam misi untuk mencapai kejuaraan kali ke 33 manakala Kedah ingin menamatkan musim ini dengan kecemerlangan.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor ini memberi sedikit kelebihan pada pasukan Selangor selaku gelanggang tuan rumah namun Kedah mempunyai kekuatan tersendiri.
Kedua-dua pasukan pasti ingin membuktikan sesuatu dan menghadiahkan kemenangan kepada para peminat masing-masing apatah lagi sebelum ini para penyokong agak kurang memberikan sokongan.

Keputusan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2015

Selangor vs Kedah 2-0

3′ Hazwan Bakri (SEL)

Ulasan Separuh Masa Pertama :-

Kedua-dua pasukan bermain baik dan saling menyerang namun pasukan Selangor berkelebihan apabila serangan awal membuahkan hasil. Guilermo Paulo berjaya melihat Hazwan Bakri yang kosong di sebelah kiri dan pemain penyerang Selangor itu berjaya menyudahkan peluang pada seawal minit ke 3.

Perlawanan semakin rancak dimana kedua-dua pasukan berbalas serangan. Kedah mencuba untuk menyerang namun barisan pertahanan pasukan Selangor ampuh bertahan. Perlawanan juga sedikit hangat apabila terdapat beberapa pemain yang mendapat kad kuning pada separuh masa pertama.

48′ Hazwan Bakri (SEL)

Ulasan Separuh Masa Kedua :-

Pasukan Selangor mendapat gol kedua pada minit ke 48 melalui Hazwan Bakri. Walaupun Kedah cuba melakukan percubaan namun penjaga gol pasukan Selangor Norazlan Razali beraksi baik menafikan peluang pasukan Kedah. Pada minit akhir pasukan Kedah bermain dengan 10 pemain selepas penjaga gol dibuang padang menahan bola di luar kotak penalti.

*** Tahniah kepada pasukan Selangor yang akhirnya berjaya mencapai ‘Misi 33’ yang telah sekian lama ditunggu.

Please follow and like us:
error0

One thought on “Keputusan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)