LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 – Kelantan melawan Pahang

Hari ini merupakan penutup bagi kejohanan bolasepak tempatan bagi tahun 2013. Penutup tirai tahun ini iaitu kejohanan terulung yang ingin dikecapi oleh pemain dan penyokong bolasepak tempatan iaitu Piala Malaysia 2013. Setelah berhempas pulas dari awal musim, 2 pasukan akan menentukan pasukan mana yang akan bergelar juara Piala Malaysia 2013.

kelantan pahang
imagen


Pada tahun ini pertembungan skuad dari Pantai Timur menjadi taruhan. Juara Bertahan, Kelantan akan menentang pasukan yang telah lama menunggu untuk menjulang Piala Malaysia iaitu Pahang. Pasti kedua-dua penyokong pasukan masing-masing akan memeriahkan perlawanan yang dinanti-nanti ini.

Berdasarkan prestasi semasa, kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan masing-masing. Dengan pasukan Kelantan yang mempunyai jentera serangan yang kreatif dan berbisa manakala barisan Pahang mempunyai pemain yang cukup pantas untuk menumpaskan pasukan lawan. Sukar untuk meramalkan pasukan yang akan bergelar juara namun yang pastinya perlawanan pada malam ini akan menjanjikan saingan yang menarik.

Siaran langsung akhir Piala Malaysia 2013

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 antara Pahang menentang Kelantan akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada jam 8.45 malam. Perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 antara Kelantan melawan Pahang akan disiarkan secara langsung di TV1 dan ASTRO Arena tepat jam 8.45 malam.

Keputusan perlawanan akhir bolasepak Piala Malaysia 3.11.2013 – Pahang vs Kelantan

Berikut merupakan keputusan perlawanan akhir bolasepak Piala Malaysia 2013.
Keputusan Utama
Pahang vs Kelantan 1-0 (0-0)
Ulasan Separuh Masa Pertama – Perlawanan agak seimbang pada separuh masa pertama. Kedua-dua pasukan mempunyai peluang untuk mendapatkan jaringan cuma nasib belum menyebelahi.
Ulasan Separuh Masa Kedua – Kemasukan Fauzi Roslan pada masa kedua menggantikan Surendran menambah sengat skuad Tok Gajah dan akhirnya pada minit ke 58, Azamudin Akil mendapat peluang dan menghantar bola yang ditanduk masuk oleh Matias Conti. Selepas itu pasukan Kelantan cuba menyerang dan memasukkan Fakri Saarani namun gol tidak tiba walaupun ada peluang terlepas seperti terkena tiang ataupun diselamatkan oleh penjaga gol Pahang.

Pahang minit 58 : Matias Conti

** Tahniah kepada pasukan Pahang yang berjaya memenangi Piala Malaysia 2013 dengan jaringan tandukan tipis oleh pemain import mereka, Matias Conti.. Secara peribadi, saya merasakan penjaga gol pasukan Pahang, Khairul Azhan bermain baik dengan menidakkan peluang pemain Kelantan untuk menjaringkan gol…

p/s :- Mesti Anak Ulu Cheka gembira dengan keputusan ni kan.

Please follow and like us:
error0

5 thoughts on “Keputusan perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 – Kelantan melawan Pahang

  1. sebenarnya kelantan bermain dengan baik dalam menahan asakan serangan Pahang..namum pertahanan kelantan agak lemah…tak mampu menahan kepantasan flanker pahang

  2. tahniah pahang…sejak awal lagi nampak dominasi game…

    kelantan macam hilang arah…tak taulah pasal ape…

    tahniah buat kem pahang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)