LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan Akhir Piala AFC 2015 – JDT vs Istiklol

Hari ini berlangsung perlawanan akhir Piala AFC 2015 dimana ianya membabitkan pasukan kelab dari Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT). Pasukan Juara Liga Super 2015 yang berjaya melangkah ke akhir selepas mengharungi perlawanan mencabar dari liga tempatan dan liga AFC.
Sejarah pasti dicipta sekiranya pasukan JDT berjaya menumpaskan lawan dari Tajikistan, Istiklol. Ia bukan tugas yang mudah kerana pasukan bimbingan Mario Gomez ini perlu menentang pasukan di gelanggang lawan di Stadium Pamir, Tajikistan.

jdt-istiklol
JDT vs Istiklol

JDT mendapat berita gembira apabila penyerang sensasi, Luciano Figueroa akan beraksi selepas berjaya sembuh dari kecederaan yang dialami. Ia pasti akan menjadi pemangkin untuk pasukan JDT melakukan serangan sekaligus berpeluang untuk menumpaskan pasukan Istiklol.
Mampukah Safiq Rahim dan barisan pemain-pemain JDT melakar kemenangan bergaya sekaligus mencipta sejarah dalam bolasepak negara? Kita saksi dan lihat.

Keputusan Perlawanan Akhir Piala AFC 2015 – JDT vs Istiklol

JDT-final-afc
Kesebelasan Utama JDT : Farizal (GK), Marcos Antonio, Aidil Zafuan, Safiq (Kapten), Leandro, Safee Sali, S Kunanlan, Hariss Harun, Luciano Figueroa, Jasazrin Jamaludin, Fazly Mazlan

 

JDT vs Istiklol (1-0) 1-0
23′ Leandro (JDT)

** Safiq Rahim berjaya menang ‘Pemain Paling Bernilai ‘ (MVP) Piala AFC 2015
Tahniah. Pasukan JDT berjaya memenangi Piala AFC 2015 dengan keputusan tipis 1-0. Perlawanan yang cukup mendebarkan apabila 3 jaringan Istikol dibatalkan. Apapun kejayaan buat pasukan JDT pada tahun ini. Semoga menjadi inspirasi buat pasukan kebangsaan pula nanti

Please follow and like us:
error0

3 thoughts on “Keputusan Perlawanan Akhir Piala AFC 2015 – JDT vs Istiklol

  1. Tahniah JDT..
    Semoga kejayaan pasukan JDT akan memberi motivasi kepada pasukan2 lain di Malaysia.. supaya dpt bermain dgn lebih baik lagi pada masa akan datang…

    P/S : sempena kemenangan makam tadi, hari ni johor cuti tak yer?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)