LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan Akhir Liga Juara-juara 2014

Perlawanan terakhir bagi kejohanan kelab bolasepak Eropah yang dinanti-nantikan oleh peminat bolasepak di seluruh dunia. Atletico Madrid dan Real Madrid, pasukan jiran akan bertarung untuk menentukan kejuaraan di perlawanan akhir kempen Liga Juara-juara musim 2013/2014.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Estadio da Luz pada jam 2.45 pagi waktu Malaysia disiarkan secara langsung oleh ASTRO 816. Kedua-dua pasukan yang telah menjuarai kejohanan tempatan di Sepanyol pasti ingin memenangi kejohanan ini bagi memastikan kemenangan berganda untuk musim ini. Atletico yang memenangi Liga Sepanyol manakala Real menjulang Piala Raja Sepanyol untuk musim ini.
stadium lisbon
greenshot

Kekuatan kedua-dua pasukan pasti teruji. Real yang memiliki barisan serangan yang ampuh terutamanya gandingan Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale pasti ingin mencetak gol pada perlawanan akhir ini. Namun Atletico yang memiliki kekuatan dari segi kerjasama pemain mereka. Walaupun penyerang handalan mereka, Diego Costa masih belum cukup cergas namun tidak mustahil penyerang berpengalaman, David Villa mampu menggalas tugas sekiranya diturunkan.
Pasukan manakah yang mampu mengondol kejuaraan pada tahun ini?

Keputusan Perlawanan Akhir Liga Juara-juara Real Madrid vs Atletico Madrid

Real Madrid vs Atletico Madrid 1-1 (0-1) ET: 4-1

36′ Diego Godin (ATL)

90’+3′ Sergio Ramos (RM)

110′ Gareth Bale (RM)

118′ Marcelo (RM)

120′ Cristiano Ronaldo (RM)

*** Real Madrid berjaya merangkul piala Liga Juara-juara dengan dramatik apabila Sergio Ramos berjaya menjaringkan gol di minit-minit akhir sebelum mereka terus menjaringkan 3 gol di masa tambahan. Pasti penyokong Atletico Madrid kecewa kerana tidak mampu mempertahankan kelebihan satu gol yang dijaringkan Diego Godin.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)