LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan perlawanan akhir kejohanan bolasepak Pestabola Merdeka 2013

Hari ini berlangsungnya perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2013. Kejohanan yang disertai oleh 4 pasukan berjiran ini amat dinantikan oleh peminat bolasepak tempatan untuk menilai prestasi skuad Harimau Muda bimbingan Ong Kim Swee. Bukan satu pertandingan yang mudah namun sasaran untuk menjuarai kejohanan ini perlu dilaksanakan oleh pemain muda negara yang akan bertemu pasukan Myanmar.Dalam saingan awal, skuad Harimau Muda A mengalahkan Singapura 1-0, Myanmar 2-1 dan Thailand 3-0.
malaysia myanmar
lightshot free download

Kapten pasukan Malaysia dan Myanmar memegang trofi kejohanan

Perlawanan akhir Pestabola Merdeka ini berlangsung di Stadium Darulmakmur bermula jam 5.00 dimana pasukan Thailand dan Singapura bertarung untuk menentukan tempat ke-3 dan ke-4. Bagi perlawanan menentukan juara dan naib juara pula berlangsung pada jam 8.45 malam di Stadium Darulmakmur yang melibatkan pasukan Harimau Muda menentang skuad Myanmar. Mampukah skuad bawah 23 Malaysia menjuarai kejohanan ini?

Siaran langsung perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2013

Perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2013 antara Malaysia melawan Myanmar disiar secara langsung di saluran TV9 dan ASTRO Arena 801.

Keputusan Semasa perlawanan tempat ke-3/4
Thailand vs Singapura1-2 (0-1)
Singapura minit 45 : Shafiq
Thailand minit 82 : Hasan Maeroh
Singapura minit 92 : Fariz Ramli
** Pasukan Singapura berjaya menduduki tempat ke 3 selepas gol pada minit-minit akhir oleh pemain Singapura walaupun skuad Thailand menguasai perlawanan.

Malaysia vs Myanmar 2-0(1-0)
Kesebelasan Utama Malaysia : Izham (gk), Fadhli, Reuben, Nik Shahrul, Zubir, Junior, Irfan (C), Wan Zack, Syahrul, Thamil, Rozaimi.
Malaysia minit 28 : Rozaimi
Malaysia minit 93 : Junior Estadl
Tahniah kepada pasukan Harimau Muda yang berjaya memenangi sekaligus berjaya mencapai sasaran untuk menjadi juara kejohanan Pestabola Merdeka 2013. Tahniah..

Please follow and like us:
error0

4 thoughts on “Keputusan perlawanan akhir kejohanan bolasepak Pestabola Merdeka 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)