post

Keputusan perlawanan akhir hoki Piala Sultan Johor 2013

Hari ini berlangsung perlawanan akhir hoki Piala Sultan Johor 2013. Keenam-enam pasukan akan bertarung untuk menentukan kedudukan masing-masing dalam kejohanan Piala Sultan Johor edisi ke 3 ini.
Perlawanan antara England menentang Korea Selatan berlangsung pada jam 3.35 petang dimana skuad Korea telah membelasah England dengan keputusan 6-0. Pasti ia merupakan kenangan buruk bagi skuad England yang menjadi pasukan belasahan dalam edisi kali ini.
Perlawanan penentuan tempat ke 3-4 pula menemukan antara Pakistan menentang Argentina yang berlangsung pada jam 6.05 petang. Perlawanan sengit ini berkesudahan dengan kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan dan keputusan terpaksa ditentukan dengan pukulan ‘shoot out’ (tak tau dalam Bahasa Malaysia) dengan keputusan 3-0.

Perlawanan tumpuan pastinya penentuan antara Malaysia menentang India bagi menentukan pasukan remaja yang akan menjuarai kejohanan kali ini. Diberitakan 10,000 penonton hadir untuk memberikan sokongan di Stadium Hoki Tun Daya, Johor.

Keputusan perlawanan akhir hoki Piala SUltan Johor 2013

Keputusan Penuh

Korea Selatan vs England 6-0
Korea Selatan minit 6 : Seo In Woo
Korea Selatan minit 18 : You Seung Ju
Korea Selatan minit 28 : Jolyon
Korea Selatan minit 44 : You Seung Ju
Korea Selatan minit 58 : You Min Young
Korea Selatan minit 62 : Ji Woo Cheon

Argentina vs Pakistan 0-0 (0-0) ** 3-0 (Pukulan penalti)

Keputusan Semasa
Malaysia vs India 3-0(1-0)
India minit 22 : Amon Mirash Tirkey
India minit 55 : Affan Yusof
India minit 64 : Manpreet Singh
** Agak malang apabila skuad remaja negara tumbang kepada pasukan India. Apapun tahniah kepada skuad negara yang mempamerkan aksi yang baik pada kejohanan ini. Cuma agak malang bila pada perlawanan akhir skuad remaja negara agak longlai dan berjaya ditumpaskan oleh pasukan India..

Sekian

Please follow and like us:
error0

3 thoughts on “Keputusan perlawanan akhir hoki Piala Sultan Johor 2013

  1. Mereka hilang kosentrasi selepas separuh masa pertama. Sukar utk bermain jika fikiran sudah terlalu beremosi. Apa-apa pun peluang di Piala Dunia tetap ada. Skuad bimbingan Dharmaraj agak seimbang dan mempunyai sudut penalti yg baik. Cuma India akan bermain ditempat sendiri di Piala Dunia nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.