LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan perlawanan akhir hoki Piala Sultan Azlan Shah 2014

Hari ini berlangsungnya perlawanan akhir kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah 2014. Skuad hoki negara ternyata bernasib baik apabila berjaya mara ke akhir untuk penentuan tempat pertama atau kedua.
Perlawanan akhir pada malam ini akan menyaksikan skuad bimbingan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah akan menentang kembali jagoan hoki Australia pada perlawanan terakhir. Pasti di atas kertas, kekuatan pasukan Australia sukar dibendung apatah lagi selepas skuad negara baharu ditumpaskan oleh pasukan lawan pada perlawanan semalam dengan keputusan 2-6.

Pertemuan kali ini mengulangi edisi tahun lalu dimana skuad negara juga bertemu dengan Australia. Diedisi lalu, skuad negara memberikan tentangan sengit dan hanya tumpas 2-3 pada pasukan no 1 dunia itu.
Adakah skuad hoki negara mampu mencatat kejutan ataupun sekurang-kurangnya memberi tentangan sengit kepada pasukan di ranking no-1 hoki dunia itu?
Selain itu, terdapat 2 lagi perlawanan penentuan tempat 3-4 dan tempat ke5-6 yang telah pun tamat. Pasukan Kanada berjaya mendapat tempat ke 5 setelah menumpaskan Afrika Selatan dengan keputusan 2-0.
Bagi perlawanan tempat ke 3/4 pula , pasukan Korea Selatan berjaya memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 3-2.

Keputusan perlawanan akhir hoki Piala Sultan Azlan Shah 2014

Keputusan Penuh
Kanada vs Afrika Selatan2-0
Korea Selatan vs China 3-2

Keputusan Semasa
Malaysia vs Australia 8-3 (3-1)
6′ Chris Cirello (AUS)
11′ Eddie Ockenden (AUS)
17′ Chris Cirello (AUS)
Shahril (MAS)
40′ Rashid Baharom (MAS)
42′ Chris Cirello (AUS)
46′ Budgeon (AUS)
53′ Chris Cirello (AUS)
65′ Matt Ghodes (AUS)
67′ Fitri Saari (MAS)

** Nampaknya skuad negara terpaksa berpuas hati dengan tempat kedua setelah tumpas sekali lagi pada pasukan Australia . Apapun tahniah diucapkan kerana rata-rata pemain adalah barisan pemain muda yang menjadi tunjang untuk skuad hoki negara di masa hadapan.

Please follow and like us:
error0

One thought on “Keputusan perlawanan akhir hoki Piala Sultan Azlan Shah 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)