LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan perlawanan akhir hoki Piala Sultan Azlan Shah 17 Mac 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Hari ini berlangsung perlawanan akhir hoki Piala Sultan Azlan Shah 2013. Nampaknya pasukan hoki kebangsaan di bawah bimbingan jurulatih, Paul Revington dari Afrika Selatan memberi impak yang besar. Adunan pemain muda dan pemain senior memberikan hasil apabila pasukan hoki negara berjaya melangkah ke akhir sekaligus cuba merebut kejuaraan menentang jaguh hoki dunia, Australia.
Atas kertas, mungkin kelebihan pada pasukan Australia tapi selaku tuan rumah, pastinya pasukan hoki yang diketuai Shahrun Nabil ingin melakar kemenangan. Perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Hoki Ipoh pada jam 8.00 malam dan disiarkan oleh ASTRO 802.

Selain itu klasifikasi 5-6 menemukan India dan Pakistan yang berkesudahan dengan India menumbangkan Pakistan dengan keputusan 4-2.

Keputusan perlawanan akhir hoki Piala Sultan Azlan Shah 2013

Keputusan penuh
India vs Pakistan 4-2 (2-1)
Korea vs New Zealand 2-1 (1-0)

Malaysia vs Australia 3-2 (1-2)
Malaysia minit 3 (Faizal Saari)
Australia minit 29 (Nicholas Budgeon)
Australia minit 30 (Craig Boyne)
Malaysia minit 49 (Tg Ahmad Tajuddin)
Australia minit 70 (Trent Milton)

** Malaysia kalah tipis kepada Australia. Secara keseluruhan, permainan skuad hoki Malaysia amat membanggakan. Cuma nasib tidak menyebelahi apabila pada minit terakhir pasukan Australia dapat mencuri peluang sekaligus menjaringkan gol kemenangan. Tahniah kepada skuad hoki dan cuba lagi pada kejohanan lain.

Sekian

Please follow and like us:
error0

One thought on “Keputusan perlawanan akhir hoki Piala Sultan Azlan Shah 17 Mac 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)