LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan Akhir Hoki Cabaran Juara-juara

Hari ini berlangsungnya perlawanan akhir hoki cabaran Juara-juara di Kuantan, Pahang. Nampaknya skuad hoki negara tidak mampu mengecap kejuaraan selepas tumpas di tangan Kanada pada perlawanan separuh akhir semalam.
Walaupun gagal mencipta sejarah mara ke akhir buat kali pertama namun perjuangan terakhir perlu diselesaikan pada saingan penentuan tempat ketiga/keempat di Stadium Hoki Indera Mahkota, Kuantan. Perlawanan antara skuad hoki Malaysia menentang Ireland akan berlangsung pada 7.15 malam akan disiarkan oleh TV9.

Selain perlawanan membabitkan pasukan kebangsaan, terdapat perlawanan lain iaitu membabitkan penentuan tempat ketujuh/kelapan antara Poland menentang Jepun yang berlangsung pada jam 2.45 petang. Selain itu perlawanan penentuan tempat kelima/keenam pula membabitkan New Zealand menentang Perancis pada jam 5 petang.
Manakala perlawanan akhir menentukan juara antara Kanada menentang Korea Selatan akan berlangsung pda jam 9.30 malam.

Keputusan perlawanan akhir hoki cabaran juara-juara 2014

Keputusan Penuh

Poland vs Jepun 2-3

New Zealand vs Perancis 6-3

Keputusan Semasa

Malaysia vs Ireland 4-2 (2-1)

hoki malaysia
image hosting

7′ Ahmad Kazamirul (MAS)
10′ Rashid Baharom (MAS)
22′ Paul Gleghorne (IRL)
43′ Chris Cargo (IRL)
66′ Azlan Misron (MAS)
70′ Firhan Ashari (MAS)
** Tahniah kepada pasukan Malaysia yang berjaya menang dalam penentuan tempat ke-3.

Kanada vs Korea 0-2

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)