LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan Akhir Bolasepak Piala Malaysia 2014

Semua sedia maklum bahawa pada malam ini akan berlangsung perlawanan yang dinantikan oleh peminat bolasepak. Kejohanan penutup bagi bolasepak Malaysia 2014 iaitu Piala Malaysia 2014 menemukan pasukan Pahang menentang Johor DT.

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 ini berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 8.45 malam ini.
pahangvsJDT

Pertembungan yang pasti akan menyaksikan satu perlawanan hebat pada malam ini. Pahang selaku juara bertahan pasti terdesak untuk menjulang kejohanan kali ini apatah lagi dikhabarkan terdapat ramai pemain yang akan meninggalkan skuad Tok Gajah ini.

Kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan tersendiri dimana terdapat pemain yang boleh mengubah perlawanan pada malam ini. Pahang pastinya mengharapkan kekuatan fizikal Dickson Nwaekaeme untuk membolosi pertahanan lawan manakala JDT mengharapkan kepantasan dan skill menarik dari Jorge Pereyra Diaz.

Pasukan manakah yang mampu untuk mengondol Piala teragung pada tahun ini? Kita saksikan perlawanan tersebut malam ini

Keputusan Perlawanan Akhir Bolasepak Piala Malaysia 2014

Pahang vs JDT 2-2(1-2) ** Penalti [ 5-3 ]
14′ Dickson Nwaekaeme (PAH)
30′ Jorge Pereyra Diaz (JDT)
33′ Figueroa (JDT)
70′ Dickson Nwaekaeme (PAH)
[ Penalti ]
Razman [x] -PAH
Figueroa [x]-JDT
Stewart [x]-PAH
Diaz [x]- JDT
Shahrizan [x] -PAH
Haris Harun [x]- JDT
Zesh Rahman [x] – PAH
Norshahrul [0] -JDT
Hafiz Kamal [X] -PAH
** Pasukan Pahang berjaya mengekalkan kejuaraan selepas menang dalam penentuan sepakan penalti dengan keputusan 5-3. Tahniah kepada pasukan Pahang yang berjaya beraksi dengan baik walaupun bermain dengan 10 pemain .

Please follow and like us:
error0

4 thoughts on “Keputusan Perlawanan Akhir Bolasepak Piala Malaysia 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)