LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan perlawanan akhir bolasepak Piala FA 2013 – Kelantan vs Johor Darul Takzim

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Perlawanan akhir Piala FA 2013 menjadi topik utama mengatasi perlawanan hoki antara Malaysia menentang Pakistan hari ini. Perlawanan ini cukup hangat terutama apabila pasukan yang bertarung mempunyai kapasiti penonton yang ramai. Pasukan The Red Warrior pasti mempunyai penyokong fanatik yang terus memberi sokongan moral manakala pasukan Harimau Selatan mempunyai lautan penyokong yang cuba untuk menenggelamkan kekuatan penyokong lawan.

Kedua-dua pasukan pasti mempunyai misi penting untuk menjuarai kejohanan ini sebagai piala pertama mereka untuk musim ini. Masing-masing mempunyai kelebihan tersenditi namun hanya satu pasukan yang akan bergelar juara. Pasukan manakah itu ?

Siaran langsung perlawanan akhir bolasepak Piala FA 2013 – Kelantan vs Johor Darul Takzim

Siaran langsung perlawanan akhir bolasepak Piala FA 2013 disiarkan secara langsung oleh RTM 1 dan ASTRO Arena 801 pada jam 8.45 malam.

Keputusan perlawanan akhir bolasepak Piala FA 2013

tiket-final-piala-fa-2013
Kredit Gambar : InfoHarian

Keputusan Semasa
final-piala-fa2013
Kelantan vs Johor Darul Takzim 1-0 (1-0)
Kesebelasan Utama Piala FA 2013 – Kelantan vs JDT
Kelantan XI : Khairul Fahmi, Azizi, Obinna, Nik Shahrul, Shakir, Fakri, Norfarhan, Daudsu, Badhri Radzi, Dickson, Zairul Fitree
JDT XI : Al-Hafiz, Kamarul Afiq, Tarmini, Safiq, Norshahrul, Andre, Azwan Roya, Safee Sali, Nazri, Jasazrin, Farid

Kelantan minit 15: Norfarhan

** Tahniah kepada pasukan Kelantan yang berjaya memenangi Piala FA untuk kali kedua berturut-turut selepas menjuarai kejohanan ini pada tahun lalu. Kemenangan ini sekaligus melayakkan pasukan Kelantan untuk bersaing dalam Piala AFC pada tahun depan.

Sekian

Please follow and like us:
error0

4 thoughts on “Keputusan perlawanan akhir bolasepak Piala FA 2013 – Kelantan vs Johor Darul Takzim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)