Piala Malaysia 2013

Keputusan Penuh Undian Piala Malaysia 2013

facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmailby feather

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Selepas berakhirnya Liga Super/Perdana 2013 pasti peminat bolasepak tempatan ternanti-nanti kejohanan terulung dalam bolasepak Liga Malaysia iaitu Piala Malaysia. Kejohanan yang ke 87 ini dijangka akan bermula pada 20 Ogos dan berakhir pada 3 November 2013 (tertakluk kepada perubahan). 16 pasukan akan bertarung sesama sendiri bagi merebut piala kebanggaan bolasepak tempatan.
Undian telah dilakukan sebentar tadi dan berikut merupakan keputusan penuh undian Piala Malaysia 2013
piala-malaysia-2013

Keputusan Undian Penuh Piala Malaysia 2013

Kumpulan A:
Selangor,
ATM,
Sime Darby,
Johor

Kumpulan B:
Johor DT,
PKNS FC,
T-Team,
Felda United

Kumpulan C:
Kelantan,
Pahang,
Terengganu,
Negeri Sembilan

Kumpulan D:
Lions XII,
Perak,
Sarawak,
Kedah

Bagaimana dengan undian tersebut? Secara amnya, saya merasakan undian kali ini seimbang dan mungkin tiada kumpulan yang boleh dikatakan kumpulan maut. Namun tidak mustahil akan berlaku kejutan dikalangan pasukan yang bergelar underdog.
Bagaimana dengan pasukan anda? Berada di kumpulan mana?

Berikut merupakan jadual perlawanan Piala Malaysia 2013

Jadual Perlawanan Piala Malaysia 2013

1. Peringkat Kumpulan;

Perlawanan 1 – Selasa, 20 Ogos 2013

Perlawanan 2 – Sabtu, 24 Ogos 2013

Perlawanan 3 – Selasa, 27 Ogos 2013

Perlawanan 4 – Sabtu, 31 Ogos 2013

Perlawanan 5 – Selasa, 17 September 2013

Perlawanan 6 – Selasa, 21 September 2013

2. Peringkat Suku Akhir;

Perlawanan Suku Akhir 1 – Selasa, 28 September 2013

Perlawanan Suku Akhir 2 – Jumaat, 4 Oktober 2013

3. Peringkat Separuh Akhir;

Perlawanan Separuh Akhir 1 – Jumaat, 18 Oktober 2013

Perlawanan Separuh Akhir 2 – Jumaat, 25 Oktober 2013

4. Perlawanan Akhir;

Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2013 – Ahad, 3 November 2013.

Jadi bolehlah rancang kalau nak ke stadium atau menonton televisyen bagi menyaksikan kejohanan Piala Malaysia ni nanti ye..

Sekian

Pengunjung Entri Ini :822

5 comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

69,095 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge