LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Penuh Perlawanan Liga Super 16 Ogos 2016

Mungkin ramai yang telah mengetahui tentang keputusan Kongres FAM yang menolak hasrat Tengku Mahkota Pahang yang ingin meletak jawatan selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM). Memang keputusan ini telah dijangka oleh ramai pihak. Secara jujurnya, ligakampung.com berharap agar ianya mempunyai penjelasan yang tepat. Sebenarnya, ramai penyokong bola sepak tempatan berharap agar perubahan drastik dapat dilakukan dalam FAM. Mereka beranggapan teraju kini tidak mampu untuk meningkatkan kualiti pasukan negara. Jadi amat menyedihkan apabila muka-muka lama masih kekal di sana.

Walaubagaimanapun keputusan untuk pemilihan pada tahun hadapan sedikit menceriakan penyokong bagi melihat pembaharuan dalam FAM.

Kembali semula kepada tajuk mengenai keputusan perlawanan Liga Super 2016. Hari ini berlangsung 6 perlawanan Liga Super bagi menentukan carta. Perlawanan malam ini merupakan jadual ke 18 dimana hanya berbaki 4 perlawanan sahaja selepas ini. Berdasarkan realistik, juara mungkin akan melibatkan antara Johor DT dan Felda United manakala pertembungan pasukan bawahan melibatkan Pahang, Terengganu, Sarawak, Pulau Pinang,T-Team bagi mengelak disingkirkan.

Berikut Merupakan Keputusan Penuh Perlawanan Liga Super 16.8.2016

Johor DT vs PDRM 4-0

  • 6′ Juan Martin Lucero (JDT)
  • 10′ Pereyra Diaz (JDT)
  • 45′ Pereyre Diaz (JDT)
  • 85′ Juan Martin Lucero (JDT)

Kedah vs Sarawak 1-1

  • 51′ Makechi Ndumba (SAR)
  • 63′ Tommy Watanak (Gol Sendiri )(KED)

Pahang vs Felda United 0-3

  • 39′ Zah Rahan (FEL)
  • 43′ Shukor Adan (FEL)
  • 47′ Forkey Doe (FEL)

T-Team vs Perak 0-0

P. Pinang vs Kelantan 2-3

  • 7′ Wan Zack Haikal (KEL)
  • 18′ Wande Luiz (KEL)
  • 20′ Cordoba (PP)
  • 45′ Ranti Martin Soleye(PP)
  • 77′ Wan Zack Haikal (KEL)

Selangor vs Terengganu 1-1

  • 63′ Ashari Samsudin (TRG)
  • 82′ Andik Vermansyah (SEL)

** Gol jaringan

Pemain Import : 11 gol

Pemain Tempatan :  4 gol

Gol Sendiri : 1 gol

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)