LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Penuh Kelayakan Piala Dunia 2018 – Malaysia tumpas tipis di tangan Arab Saudi

Perlawanan terakhir bagi kelayakan Piala Dunia 2018 untuk pasukan bola sepak negara. Perlawanan yang berlangsung di Stadium King Abdullah, Jeddah berakhir dengan keputusan memihak kepada tuan rumah.
Pasukan Arab Saudi berjaya menumpaskan skuad kendalian Ong Kim Swee dengan keputusan 2-0. Jaringan pasukan Arab Saudi dilakukan pada separuh masa kedua melalui Al Sahlawi pada minit ke 50 dan Taiseer Al Jassim pada minit ke 74.

harimau-malaya

Berdasarkan strategi bertahan, mungkin keputusan ini agak baik memandangkan keputusan sebelum ini dimana pasukan Malaysia sering dibelasah di tempat lawan. Namun secara keseluruhannya terlalu besar jurang antara pasukan Malaysia dengan kuasa Asia Barat ini.
Penguasaan penuh oleh pasukan Arab Saudi menyaksikan pasukan negara jarang sekali menjengah kotak penalti Arab Saudi. Malahan percubaan-percubaan juga terlalu sedikit untuk mencabar pasukan Arab Saudi.

Dari segi kawalan bola juga didapati longgar dan banyak kali hantaran datang semula ke Arab Saudi. Nasib baik Khairul Fahmi serta barisan pertahanan bermain baik namun kaedah bertahan memang sukar ketika bertemu pasukan handalan seperti Arab ini.
Kesudahannya pasukan negara GAGAL untuk layak ke Piala Dunia 2018 dan juga Piala Asia 2019. Banyak yang perlu diperbaiki lagi dari aspek asas bagi para pemain. Mungkin kita perlu tunggu dalam 5 tahun untuk menyaksikan pemain-pemain remaja yang berusia bawah 20 tahun pada ketika ini.
Ini kerana nampak seperti ada sinar di kelompok pemain di usia itu.

Please follow and like us:
error0

5 thoughts on “Keputusan Penuh Kelayakan Piala Dunia 2018 – Malaysia tumpas tipis di tangan Arab Saudi

  1. Walaupun sekadar tumpas 2-0 dengan Arab Saudi, tetapi ia memberi impak yang besar dalam perlawanan tersebut… Nampaknya takder rezeki untuk Malaysia layak ke Piala Dunia kali ni… huhuhu

Leave a Reply to Anuar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)