BLOG ZOOL - BLOG DARI KAMPUNG UNTUK SEMUA

Home » kehidupan » Keputusan Maharaja Lawak Mega minggu ke 9 – 4 peserta ke akhir

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Nampaknya pertandingan Maharaja Lawak Mega telah hampir sampai ke penghujungya. Ini merupakan persembahan sebelum peserta yang bertanding akan ke akhir di Shah Alam. Untuk Maharaja Lawak Mega minggu ke 9 persembahan diadakah di Johor Bahru. Setiap 5 peserta diberi 2 tugasan iaitu membawakan tajuk ‘mitos/kisah lama’ dan ‘kekeluargaan’. Berikut merupakan ulasan mengenai peserta tersebut :-

1. Saehu
Persembahan pertama mereka membawakan kisah Aladin. Kelakar juga persembahan yang dibawakan oleh mereka. Walaupun berbeza bahasa tapi masih mampu difahami lawak..
Video Saehu Maharaja Lawak Mega minggu ke 9 tajuk Mitos

Persembahan kedua membawa watak ibu yang bercerita dengan anak-anak yang minat sukan bolasepak dan karate. Yang lelaki membawa watak mak. Ada sedikit perlahan tapi secara keseluruhan memang baik..

2. PiMai
Persembahan pertama bawa watak Dayang Senandung yang diminati oleh putera raja sambil ditemani oleh hulubalangnya.. Mula-mula bila Sathiya ada memang kelakar tapi agak perlahan bila kombinasi Imuda dan Sulaiman Yassin (Mat Over)..

Video persembahan Pi Mai minggu 9 watak Mitos
Persembahan kedua bawa watak mak, anak dan bapa. Agak perlahan tapi tetap menghiburkan.

Video persembahan Pi Mai minggu 9 watak keluarga
3. Boboi
Persembahan pertama bawa watak Si Bongkok dan Nenek Kebayan. Si Bongkok mencari Puteri Gunung Ledang. Ada kreativiti disitu bila menggunakan kuiz ‘ Money Till Drop’ sebagai isi cerita..

Video persembahan Boboi minggu 9 watak Mitos
Persembahan kedua bawa watak budak bertemu dengan datuknya yang rockers…

Video persembahan Boboi minggu 9 tajuk Keluarga
4. Osbon
Persembahan pertama bawa watak di dalam cerita Bawang Putih Bawang Merah. Memang ada keserasian antara satu sama lain yang menjadikan lawaknya hebat.

Video Osbon Maharaja Lawak Mega Minggu 9 – Mitos

Persembahan kedua membawa watak seorang datuk bertemu anaknya dan bercerita tentang kehandalan orang Jawa. Memang kelakar dengan punchline yang mampu membuat orang menghafalnya… Pastinya orang jawa lebih mengingatinya..

Video Osbon Maharaja Lawak Mega Minggu 9 – Keluarga
5. Syok
Persembahan pertama membawa watak Tanggang, isteri dan juga maknya. Kira ada lawaknya tapi agak lambat..

Video Syok Maharaja Lawak Mega Minggu 9 – Mitos
Persembahan kedua membawa kembali watak sebelum ini iaitu seorang bapa, isteri yang pekak dan anak yang tomboi. Watak menarik cuma lawak dah boleh dijangka dimana menggunakan pekak sebagai ‘punchline’.

Video Syok Maharaja Lawak Mega Minggu 9 – Keluarga

Seperti dijangka Boboi dan Osbon terselamat dari 3 peserta terbawah. Dan agak malang bila pelawak veteran, Pi Mai terpaksa berundur dari gelanggang. Secara peribadi memang mereka terpaksa keluar kerana agak kurang berbanding peserta lain. Nampaknya 4 peserta yang akan bertarung di gelanggang akhir Maharaja Lawak Mega iaitu Boboi, Osbon, Saehu dan Syok. Rasanya peserta mana yang akan bergelar juara pada minggu hadapan ? Si Zool harapkan Osbon tapi pastinya kumpulan Boboi juga tidak kurang hebatnya. Manakala tempat ketiga hampir pasti milik Saehu… Heheheheh. Ni ramalan je..

Sekian.

Related Posts with ThumbnailsPengunjung Entri Ini :2165

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge