Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Liga SUPER 6 Ogos 2016

Persaingan Liga SUPER 2016 semakin sengit ketika kejohanan semakin hampir ke penghujungnya. Baki 6 lagi perlawanan sebelum pasukan yang menduduki carta akan dinobatkan sebagai juara Liga SUPER 2016. Realistiknya, 2 pasukan yang berada di tangga teratas iaitu JDT dan FELDA merupakan calon pasukan yang akan menjulang trofi kejuaraan pada tahun ini. JDT yang berada di tangga teratas dengan 40 mata dikejar rapat oleh pasukan FELDA yang dipisahkan 2 mata sahaja.

Perlawanan hari ini pasti tidak akan dipersia-siakan oleh 2 pasukan teratas apatah lagi selepas kedua-dua seri pada perlawanan tempohari. Pasti mereka tidak mahu memberi peluang kepada pasukan lawan menguasai carta. JDT yang akan bertandang ke Stadium Ipoh pada malam ini tidak mahu pulang tanpa 3 mata. Ini kerana FELDA yang akan beraksi di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka dijangka tidak mengalami masalah untuk mendapatkan 3 mata menentang pasukan bermasalah, Terengganu.

Persaingan sihat ini juga berlaku di Liga PERDANA 2016 dimana skuad Melaka United yang berada di tangga teratas diekori rapat oleh JDT II. Selepas tamat perlawanan ke 17 semalam, Melaka United mengumpul 42 mata manakala JDT II mengumpul 37 mata.

Pemain import dan ketua pasukan Melaka United , Ilija Spasojevic
Pemain import dan ketua pasukan Melaka United , Ilija Spasojevic

Melaka United yang semakin hampir mencapai misi ke Liga SUPER sekiranya menang 3 perlawanan pastinya mengharapkan pemain import berbisa dari Montenegro, Ilija Spasojevic untuk menghadirkan gol manakala JDT II bergantung kepada penyerang sensasi, Paulo Rangel. Kedua-dua pemain ini juga dijangka akan merebut kasut emas dalam Liga Perdana.

Berikut merupakan keputusan Liga Perdana 5 Ogos 2016  

Sabah vs ATM 1-0

Kuala Lumpur vs ATM 2-2

Perlis vs DRB Hicom 1-0

UiTM vs Melaka United 2-3

JDT II vs PKNS FC 1-0

Negeri Sembilan vs Sime Darby 1-1

KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA SUPER 6 OGOS 2016

Sarawak vs Pulau Pinang 0-2

14′ Muhamad Faizat Mohd Ghazali (PP)

82′ S Kumaahran (PP)

Felda United vs Terengganu 2-2

7′ Issey Farran Nakajima(TRG)

60′  Ashari Samsudin(TRG)

70′ Zahrahan Krangar (FEL)

88′ Syamin Yahya (FEL)

Kedah vs Selangor 1-0

45′ Bang Seunghwan (KED)

Kelantan vs T-Team 2-0

60′ Mohd Badhri Radzi (KEL)

90′ Wander Luiz (KEL)

PDRM vs Pahang 1-0

71′ De Paula (PDRM)

Perak vs JDT 0-1

16′ Pereyra Diaz(JDT)

 

** Statistik Jaringan Gol Pemain Import dan Tempatan Liga SUPER 6 Ogos 2016

Pemain Import : 6

Pemain Tempatan : 5

Jaringan oleh pemain tempatan pada perlawanan kali ini agak baik. Hanya dipisahkan dengan 1 jaringan sahaja. Manakala keputusan pada malam ini menyaksikan JDT menjarakkan diri dengan FELDA dengan 4 mata selepas berjaya menang tipis ke atas Perak manakala Felda pula terikat dengan pasukan Terengganu. Kemenangan JDT juga menamatkan kemenangan 5 perlawanan berturut-turut pasukan Perak yang berada di bawah kendalian jurulatih  yang berpengalaman, Karl Heinz Weigang.

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Keputusan Liga SUPER 6 Ogos 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)