Keputusan Liga Super 6 Februari 2018

Perlawanan kedua Liga Super 2018 menyaksikan 2 perlawanan berlangsung pada malam semalam. Juara bertahan Liga Super menjadi peneraju carta Liga selepas menumpaskan pasukan kelab PKNP Fc di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.
Pasukan Harimau Selatan yang berjaya mendapatkan 3 mata pada perlawanan pembukaan itu mendapat gol melalui Jorge Pereyra Diaz pada minit 43, Mohd Fadhli Mohd Shas pada minit ke 57 dan Natxo Insa pada minit 90.

Satu lagi perlawanan pula menyaksikan pasukan Kelantan sekadar seri 1-1 dengan pasukan jiran, TerengganU FC di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu, Kelantan.
Pasukan Kelantan dikejutkan dengan jaringan awal oleh pemai import Terengganu Tchetche Hermann Brice Kipre seawal minit pertama. Pemain import Kelantan dari Korea Selatan, DO DOng-hyun menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti pada minit ke 38 selepas pemain Kelantan Nik Mohd Shahrul Azim dijatuhkan oleh pemain Terengganu dalam kotak penalti.

Sumber :- BERNAMA

JDT vs PKNP 3-0
Jorge Pereyra Diaz(JDT) minit 43
Mohd Fadhli Mohd Shas (JDT) minit 57
Natxo Insa (JDT) minit 90

Kelantan vs Terengganu 1-1
Tchetche Hermann Brice Kipre(TRG) minit 1
Do Dong-hyun(KEL) -pen minit 38

One thought on “Keputusan Liga Super 6 Februari 2018

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.