Keputusan Liga Super 15.7.2017

team-liga-super-2017

Perlawanan keenam belas Liga Super dimana Liga bola sepak Malaysia ini semakin menghampiri penghujungya.
Pasukan pendahulu liga, hampir untuk menjulang trofi Liga Super untuk kali keempat berturut-turut. Dalam perlawanan keenambelas yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunos menampakkan skuad JDT berjaya memenangi perlawanan.
Menentang Skuad Sarawak, pasukan JDT mendahului pada awal perlawanan tapi pasukan Sarawak berjaya menyamakan kedudukan. Ayam tambatan JDT, Mohammed Ghaddar mencatatkan dua gol dalam perlawanan ini sekaligus menyaksikan pembeliannya dari Kelantan berbaloi.
Pemain muda, Safawi Rasid juga menunjukkan ketenangan apabila mendapat satu through pass dari Safiq Rahim sekaligus membunuh sisa harapan Sarawak. JDT berjaya mendapatkan mata ke tiga puluh sembilan sekaligus menjarakkan diri dari pasukan tangga kedua, Kedah yang hanya memungut 28 mata selepas mencatat keputusan seri 1-1 dengan pasukan Selangor.
Berikut merupakan keputusan penuh Liga Super 15.7.2017

Kedah vs Selangor 1-1
S Veenod (SEL) minit 17
Ken Ilso Larsen(KED) minit 28

Kelantan vs Perak 0-2
Nazrin Nawi(PRK) minit 29
Yashir Pinto(PRK) minit 80

yashir pinto
Penyerang sensasi Perak selepas menjaringkan gol

| Penyokong Kelantan, Perak bergaduh |

Felda vs T-Team 5-1
Wan Zack Haikal (FEL) minit 23
Joseph Yannick (T-TEam) minit 41
Thiago Agusto (FEL) minit 46, 58, 78
Ifedayo Olesugun (FEL) 88

JDT vs Sarawak 3-1
Mohammed Ghaddar (JDT) minit 11, 75
Sahil Suhaimi (SAR) minit 63
Safawi Rasid(JDT) minit 77

|JDT semakin Menghampiri Gelaran Juara selepas Membenam Sarawak|

PKNS vs Pahang 1-3
Sumareh (PAH) minit 36
Matheus Alves(PAH) minit 62, 71
Muhammad Alif Haikal(PKNS) minit 82

Melaka vs Pulau Pinang 2-3
Faiz Subri(PP) minit 5
Mark Hartman (PP) minit 54
S. Kumaahran (PP) Minit 61
Marko Simic (MU) minit 35 , 88

Carta Liga SUper 2017 selepas 16 perlawanan

Cara Liga Super perlawanan keenambelas

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

Leave a Reply