LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Liga Singapura 13 Julai 2012 ( Harimau Muda A vs Tanjong Pagar Utd) , Liga Perdana 13 Julai 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Setelah lama berehat, barisan muda negara yang dibimbing oleh Ong Kim Swee kembali meneruskan saingan dalam Liga Singapura 2012. Perlawanan pada hari ini menemukan pasukan Harimau Muda dengan pasukan Tanjong Pagar Utd.
Perlawanan telahpun selesai dan keputusan berpihak kepada pasukan Harimau Muda dengan kemenangan 2-0. Penyerang negara, Hazwan Bakri berjaya menjaringkan gol pada minit ke 40 manakala Saarvindran menjaringkan gol bagi memastikan pasukan Harimau Muda membawa pulang 3 mata penuh.
Semoga pasukan muda ini mampu meneruskan rentak kemenangan sekaligus mampu mencipta sejarah memenangi trofi Liga Singapura 2012. Ini bagi menebus kekecewaan selepas gagal di kejohanan kelayakan Asia bawah 22 tahun baru-baru ini.

Berikut merupakan carta Liga Singapura 13 Julai 2012 dimana pasukan Harimau Muda menduduki tangga ke 7 tapi kurang 2 perlawanan.
carta liga singapura
free image hosting

Selain itu terdapat 6 perlawanan Liga Perdana yang berlangsung pada hari ini bagi menutup tirai jadual liga. Seperti yang kita sedia maklum, pasukan ATM telahpun mengesahkan kejuaraan sekaligus layak untuk berada dalam Liga Super bagi musim hadapan. Berikut merupakan keputusan perlawanan Liga Perdana 13 Julai 2012.

Keputusan penuh perlawanan Liga Perdana 13.7.2012

Betaria FC vs Sime Darby 0-4 (0-3)
MBJB vs Harimau Muda B 0-6 (0-2)
MP Muar vs Johor 2-3 (1-0)
PDRM vs Pahang 4-2 (2-1)
Pos Malaysia vs ATM 0-2 (0-1)
USM vs Perlis 4-1 (0-0)

Tahniah kepada pasukan yang berjaya. Tapi nampak perlawanan akhir ni kurang penting bila tengok keputusan perlawanan ni

Sekian.

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Keputusan Liga Singapura 13 Julai 2012 ( Harimau Muda A vs Tanjong Pagar Utd) , Liga Perdana 13 Julai 2012

    1. carta liga ek.. nanti saya cuba cari.. tapi sebelum game, harimau muda tempat ke 7.. ada 3 perlawanan dalam tangan. n

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)