LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Liga Perdana 3 Mei 2016 – Kuala Lumpur merampas carta

Perlawanan Liga Perdana memasuki perlawanan ke 10 dan carta Liga yang dihuni oleh Melaka United hanya bertahan seminggu sahaja.
Pasukan Kuala Lumpur yang menduduki tangga ketiga sebelum ini merampas kembali takhta selepas menang ke atas ATM dengan keputusan 5-1.
Kedudukan Kuala Lumpur yang berada di atas dengan kelebihan jaringan berbanding pasukan tangga kedua, Melaka United yang tewas kepada pasukan Perlis di Kangar pada petang tadi.
Kekalahan pertama bagi pasukan Melaka United ini mungkin akan memberikan peluang terbuka kepada pasukan-pasukan lain yang bertanding untuk merebut gelaran Juara Liga Perdana sekaligus membawa pasukan ke Liga Super pada musim hadapan.

Pasukan Negeri Sembilan yang bermain di tempat sendiri pula gagal memanfaatkan kelebihan di gelanggang sendiri untuk merampas takhta apabila sekadar seri 2-2 dengan pasukan Sabah. Pasukan Negeri Sembilan yang berada di tangga kedua pada minggu lalu,jatuh 1 anak tangga ke tangga ketiga.
Pasukan finalist Piala FA 2016, PKNS pula tidak mampu meneruskan rentak kecemerlangan di dalam kejohanan Liga Perdana apabila hanya mampu seri 4-4 dengan pasukan Kuantan FC di gelanggang sendiri.

Satu lagi perlawanan membabitkan JDT II pula menyaksikan pasukan kedua Harimau Selatan itu menang tipis ke atas pasukan UiTM FC.

carta-liga-perdana-3-mei-2016

Sumber Carta : Sokernet

Please follow and like us:
error0

One thought on “Keputusan Liga Perdana 3 Mei 2016 – Kuala Lumpur merampas carta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)