LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Kelayakan Piala Dunia 2022/ Asia 2023 : Malaysia tumpaskan Indonesia

Selepas berjaya mendapatkan 3 mata pada hari Sabtu lalu menumpaskan Thailand, skuad bola sepak Malaysia berjaya menambahkan lagi 3 mata untuk pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/ Asia 2023 selepas berjaya menumbangkan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Dalam perlawanan ini, aksi Malaysia sedikit berbeza dimana terpaksa menentang pasukan Indonesia yang agak bertahan. Meskipun permainan pada separuh masa pertama agak seimbang, namun Malaysia berjaya mendapatkan gol melalui sepakan percuma berbisa pemain paling bernilai 2019, Safawi Rasid. Gol yang dihasilkan pada minit ke 29 itu memberikan kelegaan kepada kem negara.

Pada separuh masa kedua, perlawanan masih seimbang namun pasukan Malaysia semakin mendominasi kawalan padang. Kesilapan pertahanan lawan, dihukum oleh Safawi Rasid pada minit 72 apabila melakukan satu ledakan padu menumpaskan penjaga gol pasukan Indonesia.

Selain itu juga, penjaga gol Farizal Marliaz juga berjaya menyelamatkan sepakan penalti dari pemain Indonesia pada minit ke 80 sekaligus menutup peluang skuad Indonesia untuk bangkit

Tahniah kepada skuad bolasepak Malaysia. Kejayaan ini menambahkan lagi 3 mata buat skuad negara.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)