Keputusan kelayakan bolasepak Piala Dunia Malaysia vs Singapura

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Perlawanan kelayakan antara pasukan Malaysia dengan pasukan jiran, Singapura. Perlawanan ini bagi menentukan pasukan mana yang layak untuk ke pusingan seterusnya dimana ianya diadakah secara timbal balik iaitu satu di tempat lawan dan satu di tempat sendiri. Untuk perlawanan pertama, pasukan Malaysia menjadi pelawat. Berikut merupakan beberapa perkara menarik dalam perlawanan tersebut :-

1. Perlawanan tersebut berakhir dengan kesudahannya memihak kepada pasukan jiran, Singapura yang menang dengan 5 berbalas 3. Walaupun tumpas, pasukan Malaysia mempunyai bekalan 3 gol untuk di bawa ke tempat sendiri. Pada perlawanan di tempat sendiri mereka perlu menang sekurang-kurangnya 2-0.
2. Gol pertama perlawanan dijaringkan oleh Safee Sali dalam tempoh sekitar 20 saat. Antara jaringan yang pantas namun ianya disamakan tidak berapa lama kemudian.
3. Pada separuh masa pertama, keputusan 4-1. Malahan pada awal perlawanan separuh masa kedua, pasukan Malaysia kekurangan seorang pemain selepas ketua pasukan, Safiq Rahim dibuang padang kerana mendapat kad merah atas kekasaran menaikkan kaki ke atas pemain lawan. Namun tidak berapa lama, pemain pertahanan kanan pula mendapat kad merah kerana kesalahan 2 kad kuning.
4. Kemasukan 2 Hadi iaitu Amirul Hadi dan Abdul Hadi Yahya memberi impak yang baik kepada pasukan. Selepas kemasukan Amirul Hadi serangan nampak lebih mengancam manakala kemasukan Abdul Hadi Yahya mengurangkan tekanan kepada Safee Sali. Malahan Abdul Hadi Yahya mampu menjaringkan gol dengan baik. Walaupun gol beliau tidaklah terlalu cantik tetapi ‘instinct’ sebagai penjaring gol tu penting. Ia berbeza dengan pemain, Ismail Faruqi yang tidak mampu melakukan percubaan walaupun berhadapan hanya dengan penjaga gol ketika di depan gol.
Secara peribadi saya lebih mengharapkan Abdul Hadi berbanding Fakhran Sharani. Tapi mungkin di pusingan kedua, Norshahrul Idlan akan memasuki kesebelasan utama dan Abdul Hadi akan menjadi supersub sekali lagi. Manakala Amirul Hadi Yahya seeloknya dimasukkan di awal permainan sebab beliau mempunyai kelajuan di sebelah kanan manakala Kunalan di sebelah kiri. Malahan mereka boleh melakukan gantian sesama sendiri.
5. Hampir separuh dari pemain Singapura bukanlah penduduk asal negara tersebut. Kebanyakannya diberikan warganegara untuk pasukan bolasepak mereka. Malahan kelima-lima gol adalah jaringan pemain ‘import’ tersebut.
6. Perlawanan diadakan di padang rumput tiruan yang rata dan agak sukar untuk pemain menyesuaikan diri. Kelajuan bola dan lantunan memang berbeza sekali dengan padang di Malaysia.
7. Pertahanan Malaysia agak lemah. Kalau dilihat gandingan Muslim, Fadhli Sas dan Mahali bukannya baru. Mereka adalah pemain dari Harimau Muda tapi banyak kelalaian dan kesilapan berpunca dari mereka. Mungkin juga mereka agak kepenatan kerana menghadapi perlawanan yang begitu banyak. Sebenarnya situasi ini telah dikesan ketika perlawanan persahabatan dengan pasukan Liga Perdana England iaitu menentang Arsenal dan Liverpool tapi tak tau kenapa masih dikekalkan formasi tersebut. Rasanya untuk perlawanan di tempat sendiri, jurulatih perlu membuat rombakan drastik di kawasan itu. Sudah pasti, penjaga gol perlu diganti dan ketiga-tiga pemain tersebut perlu ditukarkan kerana moral mereka pasti dalam keadaan yang tidak baik. Secara peribadi, saya menyarankan agar Subramaniam( pemain Kelantan) yang bermain ketika menentang Chelsea tempohhari diberi peluang. Mungkin juga Farizal, penjaga gol ketika menentang Chelsea boleh mendapat tempat.

Video gol-gol pusingan kelayakan Malaysia lawan Singapura

Okay cukuplah setakat ini.Apapun, semoga pasukan yang digelar Harimau Malaya akan terus mengasak dan berjuang untuk mengembalikan martabat bolasepak negara. Semoga mampu menang di Bukit Jalil 28 Julai ni..

Sekian..

Related Posts with ThumbnailsPengunjung Entri Ini :3217

8 thoughts on “Keputusan kelayakan bolasepak Piala Dunia Malaysia vs Singapura

  1. kesimpulan yang jelas WR lihat barisan pertahanan seperti hilang punca…terutama centre back.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    betul la.. kelam kabut je bila bola datang… mungkin tak biasa dengan kelajuan bola tu

    Reply

  2. kecewa dgn gol ke5 Singapore tu. patut x gol dah…mmm… harap2 kejayaan milik kita, insya Allah kita boleh tebus balik di Bukit Jalil.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tu le pasal.. dah rugi 2 gol.. kalau tak cukup je 1 gol menang kat bukit jalil.

    Reply

  3. erkhhh 28hb ni kena kerja keras sikit… jgn bg muka sangat kat Duric tu.. dah tua dahh. mesti kita bole beat punya

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    betul tu.. kena kerja keras.. kena cari defend yg ganas..

    Reply

  4. Tahniah anak didik Rajagopal! Saya yakin barisan muda ini mampu menjadi lebih berbisa dengan latihan dan pendedahan yg berterusan.
    Namun dari keputusan-keputusan perlawanan itu, ada yang masih kurang. Mampu menjaring tapi mudah juga dibolosi. Ini menunjukkan mereka ada kemampuan, skill dan semangat tapi kurang kematangan, terutama barisan pertahanan.

    Main bola ni bagi saya macam satu keluarga. Bila beraksi dalam padang, barisan pertahanan harus menampilkan sifat BAPA – Tegas,Tenang,Berkeyakinan,Berdisiplin dan Berkebolehan tinggi. Secara seikologinya, bila lawan nampak kita begitu, 50% dari keyakinannya untuk menyerang hilang.Selebihnya jadi mudah untuk kita tangani dengan kudrat kita. Cuba amati penampilan Soh Chin Ann dan Santokh Singh ketika bermain.

    Barisan tengah pulak mesti bersifat macam EMAK – Mengatur, Mendesak,Mengerah dan Mendominasi. Secara seikologinya bila lawan nampak kita begitu, dia merasakan bahawa permainan dan bola itu milik kita dan “anak-anak” kita dan 50% keyakinannya untuk merampas “permainan” dari kita hilang. Selebihnya jadi mudah untuk ditangani dengan kudrat kita.

    Barisan penyerang pula harus bersifat seperti ANAK – Mentafsir arahan,Agresif,Inovatif dan Kreatif. Penampilan seperti itu boleh membuatkan lawan rasa kurang senang, keliru dan muak dengan “kedegilan & kenakalan” kita dan hilang separuh keyakinan mereka untuk mengawal kita. Selebihnya, kita cuma perlu mentafsirkan kudrat kita kepada keputusan.

    Bola ni bulat, padang pulak bersempadan. Kalau nak kata stamina, skill, semua yg masuk padang dan bermain pasti ada semua tu.Cuma ada yang lebih dan ada yang kurang.
    Tapi itu cuma 50% keperluan untuk seseorang tu main bola, selebihnya adalah mainan seikologi. Kalau masing masing masuk padang dan bermain dengan penampilan yang secara “anggapan” boleh melahirkan perasaan mengerunkan, menggusarkan dan ,merimaskan pehak lawan, kita sebenarnya telah 50% memenangi perlawanan tersebut.

    Kalau tidak, sebaik mana pun kita boleh menggelicik dan menyepak bola, lawan takkan takut ……. dan akhirnya kita putus asa sendiri.

    Pikirkan lah wahai Harimau Malaysia tips ini, semuga kamu bolih lebih berwibawa di atas padang.

    UCANDOIT Malaysia.

    Reply

  5. Pingback: Keputusan perlawanan bolasepak persahabatan Malaysia vs Singapura 8 Jun 2012 | Blog Zool Ligakampung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge